Followers

Saturday, May 19, 2012

:::Bingit!!!:::

Tiap hari bingit, kadang-kadang sampai out of control.. too much to be done.. and i still don't know wheter i do the right thing or not.. today is a rest day.. thank god, you give me some space to breath more easily than usual.. what will gonna happen tomorrow? i still don't know.. and i'm sick with the stock exchange!! get the hell out of here.. i am still confuse with what is actually going on around me.. i even don't recognise myself,..what the fish man!!! and finally!! forgive womens fault is a man duty!!!

Wednesday, May 16, 2012

-The Silent Knight Squad-

I'm not a speaker,
I'm not a lecturer,
But I'm a watcher,
I'm also a good listener,
and I kill the slayer,


I'm not a debator,
I'm not a moderator,
But I'm the actor,
Many people use their mouth to fight,
But I am the Silent Knight



Di dalam dunia yang semakin huru-hara ini, berapa banyak suara-suara kecil yang di dengari? dan berapa banyak pula suara-suara kecil yang benar-benar bangun untuk mempertahankan hak minoriti? berapa banyak pula suara-suara yang bangun untuk bersuara kononnya untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. tetapi sebenarnya bangkit untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan sendiri? Berapa banyak lagi nyawa yang harus dikorbankan untuk mempertahankan aktor-aktor dunia yang tak sedar diri? berapa ribu lagi umat manuusia yang perlu diperbodohi?



Suara lunak itu tidak bererti,
kata kiasan itu sudah basi,
telinga manusia sudah lali,
apa mahu ditunggu ada lagi yang mati?
baru kita tahu erti sedar diri?


Majulah kemari bersama kami,
bersamalah kita menjadi pemerhati,
bersatu hati di medan ini,
di saat menanti terbenamnya mentari,


tidak diperlukan suara basi,
jangan dekati si hidung tinggi,
ambillah langkah berhati-hati,
agar diri tidak dibeli,


bila tiba masanya nanti,
ledakkan segala isi di hati,
dengan gaya cara sendiri,
biar berjuang sampai mati,



Wednesday, December 28, 2011

:::Wahai Wanita:::



Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An Nur Ayat 31)

Tengah hari tadi aku buka blog aku yang satu lagi. Dan aku dapat mesej dari someone yang nama Diq dekat shoutmix, dia bagitau yang shoutmix akan expired dalam masa empat hari lagi. Maksudnya start 1.1.2012 nanti shoutmix yang free ni akan ditutup. Shoutmix versi baru plak akan keluar tapi akan dikenakan bayaran untuk penggunaannya. so kepada sesiapa yang nak guna shoutmix lagi, kena bayar lah. macam aku nih, takde sen. kerja pun belum lagi. so aku tukar g cbox, sama sepertimana yang anda lihat sekarang ini. kredit to Diq.


Hmmm..aku nak cerita pasal wanita. Sebelum ni aku ada lampirkan 15 kelebihan wanita. kali ni aku nak lampirkan hadis dari Rasulullah S.A.W bagi memberi peringatan kepada wanita. Bukan hendak menakut-nakutkan atau hendak menunjukkan aku ni baik. kita semua baik, anda dan saya. Tapi berpesan-pesan itu kan baik. lagipun aku nih bukan penceramah, aku ni kaki novel. Kira rajin jugaklah baca berkaitan dengan Islam. Buku terbaru yang aku baca selain dari Hlovate (yang selalu tak menyempat nak habiskan), adalah "like father like son" tulisan semula oleh Mohammad Zaka Al-Farisi. Cerita novel ni memang best. Anda harus membacanya.


Sabda Rasulullah S.A.W: Aku menjenguk ke syurga, aku dapati kebanyakan penghuninya orang-orang fakir miskin. Dan aku menjenguk neraka, aku dapati kebanyakan penghuninya kaum wanita. (HR. Ahmad)

ok enough with that mukaddimah. Betapa mulianya wanita jika dia tahu bagaimana memartabatkan dirinya. Betapa indahnya wanita jika bertudung litup hingga melepasi paras dada. Dan betapa manisnya peribadi wanita jika dia tahu menjaga adabnya.


Akan tetapi alangkah gembiranya lelaki yang penuh dengan nafsu apabila bertemu dengan wanita yang tidak menjaga martabat, alangkah ghairahnya lelaki apabila memandang wanita yang berbaju sendat hingga memperlihatkan bentuk tubuhnya. Alangkah terujanya lelaki miang apabila berhadapan dengan wanita yang tidak tahu menjaga adabnya.


Sabda Rasulullah S.A.W: Tidak aku meninggalkan suatu fitnah yang sesudahku yang lebih bebrbahaya kepada kaum lelaki melainkan godaan wanita. (HR. Bukhari dan Muslim)



Berkepit di tepi pantai, kebanyakan yang ber Bin dan Binti. bukan main lagi, macam ala-ala 'you jump i jump'. Alamak, beraninya mereka melakukan aksi panas di kawasan terbuka. Patutlah, Tidak hairan jika banyak berlaku kes buang bayi. Berpelukan di khalayak ramai pun tidak malu, inikan pula di tempat yang sunyi. Terkadang berasa sakit hati apabila wanita beragama Islam, mengeluarkan ayat yang kurang sopan di laman sosial seperti facebook. Apatah lagi mengeluarkan gambar yang menjolok mata. Aduhai, kaum lelaki selalunya akan cepat berasa ghairah. tak kan nak tegur terang-terang..nanti sah kena cop busy body or perasan alim.. tak pasal-pasal kena mark as spam atau block.



Sabda Rasulullah S.A.W: Janganlah seeorang lelaki berduaan dengan wanita bukan mahramnya kerana yang ketiganya adalah syaitan , dan janganlah perempuan melakukan perjalanan (musafir) kecuali didampingi mahramnya. (HR Muslim)


Tapi serius, wanita sering meng'upload' gambar-gambar yang perasan comel dan perasan cute. wanita juga suka upload gambar-gambar yang menaikkan nafsu (secara sengaja or tidak). Apa sebabnya? aku rasa sebab nak dapat pujian, supaya orang cakap dia cute, supaya orang cakap dia mantap. But hear me say.. lelaki yang memuji bukan teruja dengan kecantikanmu, tetapi teruja dengan bentuk susuk tubuhmu yang menggiurkan. Lagi lentok lagi la lelaki like banyak-banyak. lagi seksi, lagi la lelaki akan komen banyak-banyak. lagi banyak upload gambar, lagi suka lelaki jadi stalker sejati. Dan yang lebih teruk lagi, lelaki akan menggunakan gambar-gambar wanita yang seksi dan menghairahkan untuk dijadikan alat untuk mencuci mata. Takut tak? sudah tentu tiada siapa yang takut. sebabnya, kita mana tahu dosa kita ni dah naik tahap mana kan.


“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah meluhat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971)


Ayat yang selalu kita dengar. "ala perempuan bertudung tuh belum tahu baik". ya memang betul, tapi yang tak bertudung tuh memang sah tak baik!! "ala yang bertudung tuh belum tentu masuk syurga, ya memang betul. tapi yang tak bertudung tuh memang confirm tak cium bau syurga.

Sabda Rasulullah S.A.W: seorang wanita yang memakai minyak wangi lalu melintasi kaum lelaki dengan bbermaksud agar lelaki mencium bau harumnya maka wanita itu adalah pelacur. (HR An-Nasaa'i)


ni untuk kaum lelaki dan wanita..

Sabda Rasulullah S.A.W:

Apabila seorang dari kamu yang tertarik melihat seorang perempuan dan terkesan di dalam hatinya, maka hendaklah kamu menggauli isteri sendiri kerana hal itu akan meredam gejolak dalam diri kamu. (HR Muslim)


Janganlah seorang lelaki bermalam di rumah janda kecuali sudah dinikahinya atau dia mahramnya.(HR. Muslim)

Tiap menjelang pagi hari dua malaikat berseru:'celaka lelaki yang tergoda dengan wanita dan celaka wanita yang tergoda dengan lelaki'


ni aku copy paste dari blog kodet guide.
balasan di akhirat.

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.


so, renung-renungkan dan mari kita sama-sama muhasabah diri..mudah-mudahan ada hikmah disebaliknya.

Tuesday, December 13, 2011

Kad Pengenalan- ID Card..

2.11.2011..tarik yang takkan aku lupa, sampai bila-bila. aku sampai terminal lcct air asia pukul 2 petang, dari KL. Flight aku pukul 3.30 pm. maksudnya lambat lagi, so aku habiskan masa berlegar-legar di luar terminal sambil memerhati gerak manusia yang sibuk dengan urusan. rokok di tangan, barang tak banyak. lagipun aku stay kl seminggu lebih je.


pukul 2.30pm.. g check in manual. opss..luggage tak masuk lagi, ni yang malas nak beratur panjang-panjang nih. oh, i forget, my i.c.. (as the queue bacame near). I open my wallet and...BUMMMM!!!! i think someone had thrown some heavy thing straight to my head. as i turn around to see..no one, but me with the people infront and behind me still do they thing. ok maybe it's just my imagination. But the big thing is..WHERE IS MY ID CARD??? ok now i'm panic!!! woaaaaa..the clock is ticking and i don't have a time warp. And the clock is pointing on 2.45pm!!! oh man...im a dead meat!!!


desicions, decisions...i turn around with my stuff. open my bag and check. my jeans and everything. it's not there. so what am i supposed to do?? ok, now i don't have my ID. and that means i can't enter the bording room and i can't pass the security check and i can't check in..and now i AM PANIC!!!


3pm..call my sister and tell her about my funny little story. and she ask me to re-check, and i said it's no use because i already unpack and repack my thing about 30 times in ten minutes..it's my new records you know, unpack and repack for 30 times in ten minutes. since my sisters husband was a policeman, he ask me to do report to the police stations. luckily i managed to get letter from the police stations. and that means, i can pass the immigrations. but......


my luggage!!!! it's not heavy anyway..but the thing is..ada sesuatu dalam beg tuh, dan aku dah tak boleh check in utk masukkan bagasi ke ruang bagasi sebab masa dah lambat..so minah dekat kaunter bagasi tuh suruh aku terus masuk je..yela..jam dah pukul 3.25 pm dan flight aku tuh pukul 3.30 pm..memang terlambat la..aku ingatkan aku dah terlepas flight..


my sense and my expectations is right..after i scan my bag on the way to enter the boarding room.. the police was glared and smiling at me. and i said, oh gosh.. Pisau....bukan satu, bukan dua, dan bukan tiga..tapi 46 bilah!!!its belong to my mum..she ask me to..and, it's gone..they take all the knife..perfect!!

it's happen..who care..hoho..


itu cuma mukaddimah..let's get down to bussiness..

lepas solat maghrib. aku macam biasa lepak dekat beranda masjid. Aku macam biasa la, bawak bekal rokok. hembus, tarik, hembus..ntah bila nak berhenti aku pun tak tau..memang ada hajat nak berhenti, tapi belum masanya. sedang aku lepak tuh, aku ternampak budak perempuan duduk sebelah, anak siapa plak ni?

lepas 5 minit baru nampak kelibat seorang lelaki menghampiri budak perempuan tu, baru lepas habis solat maghrib kot.. "kenapa tak solat?" tanya lelaki tuh kepada budak perempuan yang rasa-rasa aku baru umur 8 tahun kot. maybe lelaki ni ayah budak tuh..


aku macam biasa cuma jadi pemerhati. "kalau tak solat tuh, bukan Islam namanya" ujar lelaki tu sambil merenung anaknya. "kalau orang yang mengaku Islam tapi tak mengerjakan solat itu namanya "Krislam". Kristian + Islam". lelaki tersebut membetulkan duduknya. "solat itu tiang agama wahai anakku,rukun islam yang kedua selepas mengucapkan dua kalimah syahadah. beza orang kafir dan Islam adalah mengerjakan solat. kamu mesti tahu itu". aku mendengar dengan penuh minat. lelaki itu menambah lagi. "nanti kalau hari kiamat dah tiba, dan bila semua orang dihimpunkan. kad pengenalan masuk syurga, tapi orangnya masuk neraka." aku tersenyum sumbing, ada betulnya kata lelaki ini.


firman Allah di dalam surah Az-Zariyaat yang bermaksud, "tidaklah Aku menciptakan manusia dan jin melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaKu".. nah, sudah jelas telah disebutkan di dalam ayat itu. masyarakat Islam di Malaysia ini semuanya mempunyai kad pengenalan yang bertulis Warganegara Islam..termasuk aku sendiri lah. tapi ramai yang berperangai "krislam" sebabnya? jawab sendiri la beb..huhu nanti di akhirat, kad pengenalan masuk syurga, tapi pemegang kad pengenalan itu masuk neraka.


Rasulullah bersabda, semua umatku masuk syurga kecuali orang yang menolaknya. mendengar sabda tersebut para sahabat bertanya: "siapa orang yang menolak itu ya Rasulullah?" lalu jawab Rasulullah: "orang yang menentang ( perintah dan larangan)ku adalah orang yang menolak syurga. (HR Bukhari).

so itu sahaja cerita aku untuk kali ni..time to sleep..otak serabu nak cari kerja.wei, siapa2 yang ada info pasal kerja or jawatan kosong, tolong inform aku.. aku ni budak hubungan antarabangsa.. leadership, management, high commitment in individual or in team..so jangan segan-segan bgtau aku k..

Saturday, October 29, 2011

:::orang tua:::

cakap orang tua-tua jangan main-main. sebabnya diorang ni dah terlebih makan garam. eh, makan garam lebih dulu. Rindu pulak nak dengar celoteh orang-orang tua di Masjid. actually, sebelum masuk solat Isya' ataupun selepas solat maghrib, Usually kitorang selalu lepak dekat luar masjid, itupun kalau semua dah siap zikir ataupun ustaz tidak memberikan ceramah mahupun tazkirah. Selalunya malam isnin ustaz akan membentangkan hadis-hadis terpilih. Malam jumaat plak selalunya kitorang akan baca yasin.


ok, sekarang aku nak cerita apa yang aku dengar dari orang-orang tua masjid tu cerita kat aku. yela..dalam kumpulan ahli masjid tuh, aku yang paling muda dan cuma aku je yang belum berkahwin..huhu

salah sorang tu pernah bercerita, "ko nak tau tak makanan harian yang kita selalu makan ni pun adakalanya boleh jadi racun" aku pun tercengang, "explain then..." eh bukan aku cakap explain, diorang tu mana faham.. aku cakap la, "camana plak makanan boleh jadi racun?" so, member tua ni pun buka cerita,

"kalau nak buat racun yang paling berbisa tanpa menggunakan apa-apa seperti bahan kimia, ataupun ko nak kenakan orang tanpa disyaki atau ditangkap..senang je.. air kelapa dengan ubi kayu"

tadi aku tercengang, sekarang ni aku melopong terkejut..wooooo...
"camana plak tu pak cik" then pak cik buat-buat muka serius..
"dengar baik-baik, aku cuma cakap sekali je" kemudian pak cik tu pandang tempat wudhu'..

"cerita ni aku dengar zaman ko masih umur hingusan lagi, masa tu musim kemarau melanda sebuah kampung pedalaman.. so masa kemarau memang takde air..nak dijadikan cerita, terdapat sebuah keluarga yang miskin hendak merebus kayu ubi yang dicabut di tepi hutan.. oleh sebab masa tuh takde air, si isteri menyuruh si suami memetik buah kelapa muda untuk diambil airnya bagi dimasak bersama kayu ubi.." aku punya fokus lagi, "lepas tuh?"

"lepas tuh ubi kayu tu pun dicampur dengan air kelapa dan dimasak untuk dijadikan hidangan di waktu malam, selepas masak mereka sekeluarga pun makan, lepas tuh semuanya mati selepas beberapa minit menikmati hidangan tersebut" ujar pak cik tuh.
aku melopong lagi.

"lepas tuh orang gunakan ramuan tuh untuk dijadikan racun yang paling berbisa". hmmmmm...bahaya jugak kan, sangat menarik, bayangkanlah..air kelapa tuh benda yang selalu kita minum dan ubi kayu tu pun benda yang kira kita selalu makan jugaklah. Rasanya kalau tak masak benda tuh, kita takkan keracunan. masih boleh makan ubi kayu dengan air kelapa. Tapi kalau benda tuh dimasak. memang akan keracunan dan boleh membawa maut. so diingatkan sekali lagi. Jangan sesekali mencampurkan ataupun memasak ubi kayu dengan air kelapa. kerana ianya amat beracun!! sebenarnya aku ada banyak lagi cerita nak dicerita..tapi next time la..aku nak tengok bola. next kita cerita pasal jin dan kehebatan seorang ustaz menumbangkan pokok yang dihuni jin yang suka mengganggu penduduk kampung.

Monday, October 10, 2011

Ingin bingar, mau di Pasar..

Aku suka keadaan sepi, baik untuk merenung sejauhmana tahap aku sekarang. Terutama sakali bila memikirkan di manakah aku setelah ajal datang menjemput.. adakah aku di syurga ataupun di neraka.. adakah rohku akan berterbangan tidak di bumi dan tidak di langit? di manakah aku? berapa lama lagi aku akan hidup. sempatkah aku berumah tangga? dapatkah aku melihat zuriat dari benihku? ya Allah, amalku ini belum cukup, apa yang akan aku persembahkan kepada Mu nanti? bukan ibarat pepasir, malah mungkin lebih dari itu dosa-dosaku.. jika aku menjadi lelaki terakhir masuk syurga, itu sudah memadai buatku.. kerana aku tahu, aku ini terlalu lemah untuk menahan segala godaan..


jika malam tak bertuah, dan siang tanpa pesan..hari pula terasa sinis menyapa diri
ya Allah, bentangkan hatiku..peluklah jiwaku, kirimkan aku pembantu agar aku mampu menghadapi segala cubaan dan godaan..tiada lagi tempat yang aku boleh mengadu melainkan kepada Mu ya Allah..

bersabarlah wahai hati, tegaklah hati batin.. tekunlah engkau mengejar amal ibadah.. bersabarlah menghadapi cubaan dan godaan kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda, Sabar adalah separuh dari Iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan (HR Ath-Thabrani dan baihaqi).. alangkah bahagianya orang yang bersabar..


jika aku menjadi seperti yang lain hidup bercahaya,
mungkin saja aku kehilangan rasa syukur,
tak tersenyum dalam damai,
coba kau jadi aku,
sanggupkah bernafas tanpa udara,
namun ku nikmati nasib dan takdir hidup ini bila Tuhan mahukannya..
bukannya Tuhan tidak mendengar doa kita tapi Ia tahu mana yang terbaik..

sabda Rasulullah S.A.w, sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat pertama kali tertimpa musibah. (HR.Bukhari).


jagan menangisi apa yang hilang,
jangan diratapi apa yang telah tiada,
jangan pernah merasa Allah itu tidak adil..
ingatlah, Allah itu tidak buta, Allah itu tidak tuli, Allah itu tidak tidur..
Allah tidak akan memberi dugaan jika hambaNya tidak mampu menananinya..
Allah tahu mana yang terbaik untuk setiap hambaNya..

lihat sahaja hadis ini, sabda Rasulullah S.A.W, tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa. (HR Bukhari)

bagaimana dengan hadis ini pula? sabda Rasulullah S.A.W, orang yang bahagia ialah orang yang dijauhkan dari fitnah dan orang yang bila terkena ujian dan cubaan dia bersabar. (HR Ahmad dan Abu Dawud)


Apa lagi yang lebih mulia melainkan bersabar bila ditimpa cubaan dan dugaan?
Firman Allah S.W.T, Apabila aku menguji hambaku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka aku ganti kedua matanya dengan syurga (HR Ahmad)

adakah tidak mencukupi? bagaimana dengan yang ini?
Sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa ditimpa musibah dalam hartanya atau pada dirinya lalu dirahsiakan dan tidak dikeluhkannya kepada sesiapapun maka menjadi hak atas Allah untuk mengampuniya. (HR Ath-Thabrani)

adakah Allah pernah menghampakan hamba Nya? tidak!! tidak sama sekali!! Allah itu maha pengasih dan maha penyayang..hayatilah Asmaul Husna.. maka anda akan menemui apa yang dikenali sebagai ketenagan.. banyakkan beristighfar itu lebih baik..wassalam..

Monday, September 12, 2011

:::siapakah sri kandi sejati itu?:::

mula-mula dulu aku tak kisah dan tak hairan kalau setiap subuhnya dia akan singgah. ala, bulan-bulan macam ni semua orang berebut nak tambah amal ibadah. kalau bulan lain jangan harap nak singgah. begitulah apa yang aku rasa. Dan hari demi hari dia tetap setia untuk singgah bila subuh datang menjelma. rasanya minah ni guru kot, tiap pagi ada je muka dia tercongak kat sini. terkadang mahu jugak aku melihat siapa wanita itu. tapi, bila aku berniat nak tunggu sehingga wanita itu selesai menunaikan hajat, aku terus batalkan niat. sumpah aku tak pernah terserempak dengan dia. melainkan kasut dan selipar dia di hadapan..tapi aku tahu dia ada di dalam. sebabnya pintu yang sebelah lagi akan tertutup bila dia ada.


dekat tempat aku ni ada lelaki yang kurang siuman. nak kata gila tak jugak. sebabnya dia kenal dengan aku, jiran-jiran aku dan akan selalu beramah mesra. tapi bila penyakit dia datang, mak aih. ada je benda bodoh yang dia buat. dan lelaki kurang siuman itu juga akan datang apabila waktu subuh tiba. Dan apabila penyakit itu datang, lelaki itu akan menerobos masuk ke mana sahaja termasuk di tempat wanita yang selalu singgah itu. tapi syukur, lelaki itu bukan jenis yang mengganggu. cuma akan berbuat bising atau menyumpah seranah. walaupun berada di tempat itu. dan syukur juga dia tidak menganggu wanita yang aku anggap hebat itu..


dan apabila bulan sudah berganti. aku pun semakin malas ke tempat itu di waktu pagi. susah sangat nak bangun awal. lagipun benda tu boleh dibuat di rumah. dan pagi ini aku terbangun awal, sebab nak puasa enam hari di bulan syawal. selesai bersahur, aku stay kejap. dan aku bertekad untuk ke tempat itu untuk menunaikan kewajipanku..seperti biasa hanya ada dua orang sahaja yang datang. aku dan mantan imam. ketika kami sedang berwirid, tiba-tiba aku terdengar pintu sebelah dibuka. aku mula gelabah, jin kot. yelah jin islam pun solat jugak kan. dan sekali lagi aku terdengar pintu sebelah tertutup..berderau darah aku.. jin ni mesti nak uji aku. sebab imam kat depan aku ni relaks je. tapi imam ni memang dah biasa. kalau aku takde pun dia akan datang dan solat sorang-sorang.

dalam pada tertanya-tanya siapakah yang membuka pintu sebelah. jin or manusia? aku teringat wanita itu. ah! tak mungkin. dia mana berani. kawasan ni gelap plak tuh. lagipun mesti dia tau tak ramai orang akan datang bila bukan di bulan ramadhan. tapi apa yang berlaku. selepas membaca doa dan bersalaman. aku terkejut besar apabila terpandang kereta yang amat aku kenali.. Maha Suci Allah yang menciptakan srikandi yang teguh seperti Rabiatul Adawiyah di zaman ini.. aku lihat pintu sebelah tertutup rapat, dan aku tahu dia berada di dalam. rasa malu tiba-tiba menghantui diri ini, aku ini lelaki tetapi aku amat malas mengunjungi rumah Allah. dan aku juga terkadang berasa seram apabila hendak bertandang ke Masjid.. yelah tempat tinggal aku ni tepi jalan utama. lagipun kes rompak dah banyak yang berlaku. lagipun di waktu pagi kawasan masjid memang gelap, tambahan pula tempat aku ni rumahnya saling berjauhan. sempat koma baru ada yang datang membantu jika terjadi sesuatu. itu pun kalau ada yang datang.

tetapi wanita itu seperti tidak takut akan segala ancaman. yah, tawakkal kepada Allah dan percaya kepada qada dan qadar itu kemestian. aku bertekad untuk datang setiap hari ke masjid di waktu subuh. bukan untuk menunjukkan bahawa aku ini lelaki soleh. jauh sekali. tapi aku mahu buktikan bahawa di zaman ini bukan hanya terdapat srikandi yang hebat seperti wanita itu, tetapi terdapat juga kesatria islam di akhir zaman yang mampu menghidupkan masjid di subuh hari. aku faham bagaimana perasaan imam apabila di subuh hari tidak ada seorangpun yang menemani. dialah imam, dialah muazzin dan dialah makmum..


pagi ini aku bercadang untuk melihat siapakah gerangan srikandi islam yang tegar itu. tapi sekali lagi niat itu aku batalkan. aku takut nanti dia tidak berasa selesa bila melihat aku seperti menunggunya di hadapan masjid. so, aku pun blah sambil berdoa agar dia selamat sampai ke hala tuju..

Friday, August 12, 2011

-bila cinta berbicara-

kemaruk cinta..terkadang ada yang sampai terlalu terdesak untuk mendapatkan cinta..ya, cinta itu memang indah..sangat indah, ibarat melodi lagu..kita akan terbuai dengan indahnya lafaz cinta yang diungkapkan..lirik yang mengagungkan kekasih hati.. namun, hakikatnya tidak semua lagu mengenai cinta itu indah.. adakalanya lagu cinta juga bernada sedih, kusam, sehingga merenggut lubuk hati yang terdalam.. Masyaallah, indahnya cinta itu.. namun terkadang kita terlupa beberapa hal yang jauh lebih pentng daripada memiliki cinta sang hawa mahupun sang adam. bukankah telah disebutkan bahawa makhluk yang diciptakan Allah itu berpasangan? ya, semuanya berpasangan.. jodoh pertemuan, ajal maut itu telah ditentukan..telah tersurat..

cintakan harta itu tidak akan membawa seseorang manusia kemana-mana selagi kita sebagai manusia tidak mensyukuri nikmat yang diberi, dan harta itu tidak berguna jika kita kikir mahupun bakhil sehingga kita merasa terlalu berat untuk menginfakkan harta ke jalan Allah ataupun mendermakannya.. adakah terlalu sukar untuk bersedekah.. bersedekah secara senyap itu amatlah baik hinggakan tangan kiri tidak mengetahui bahawa kita telah bersedekah..terkadang kita terlupa dengan godaan harta sehingga kita dengan bangga dan sombong mengatakan bahawa harta yang kita perolehi itu adalah hasil titik peluh kita tanpa pertolongan dari sesiapa.. jangan terlupa wahai manusia yang sombong, harta itu datangnya dari Allah..nikmat yang diberikan itu adalah dari Allah.. dan apabila harta itu tidak digunakan dengan sebaiknya, di padang mahsyar nanti kita akan dipertanggungjawabkan.. dan ingatlah, makhluk tidak mempunyai daya apapun melainkan Allah jugalah yang sentiasa memelihara hamba-hamba-Nya.. sesetengah orang bertanya, "orang kafir itu tidak menyembah Allah, tapi mereka juga mendapat harta yang banyak"..memang betul, bukankah itu adalah satu bukti bahawa Allah itu maha pengasih dan maha penyayang.. disebabkan sifat sayang Allah kepada hamba-Nya, manusia yang tidak menyembah-Nya juga diberikan nikmat rezeki sepertimana rezeki yang diberikan kepada kaum muslimin..

dan ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum sehinggalah kaum itu merubah sendiri nasib mereka.. dengan berdoa sahaja tanpa usaha, tidak akan berguna doa itu..rezeki tidak akan datang sendiri dengan hanya berdoa.. berusahalah wahai manusia..dan ingatlah, harta itu akan selalu membuatkan manusia lalai..Allah juga akan memberikan dugaan kepada manusia sesuai dengan kemampuannya, kerana Allah itu maha penyayang..sesuatu musibah yang ditimpakan kepada setiap hamba-Nya mempunyai sebab-sebab yang disaat kita berjaya menempuhi dugaan tersebut dengan sabar dan tawakkal, barulah kita mengetahui kenikmatan daripada musibah ataupun dugaan yang diberikan..harus kita mengingati bahawa Allah bersama-sama orang yang sabar. asalakan kita berikhtiar, insyaAllah.. Allah akan sentiasa bersama-sama kita.. aku tertarik dengan sebuah novel yang diantara karangan karya yang cukup menusuk kalbu..membuat aku merasa naif dan jahil kerana tidak memiliki cinta Allah.. novel yang bertajuk 'tahajud cinta nisa' karya kartini..buku itu dipinjamkan dari seorang kawan.. dan MasyaAllah..novel yang amat bagus untuk membangunkan hati yang tertidur..

disini aku memetik sedikit puisi yang mampu membuat hati berdetak kencang..puisi yang aku ambil dari novel tersebut.. isinya lebih kurang begini..

hikmah senantiasa ada..

apabila kamu melihat segala-galanya daripada-Nya,
yang maha pencipta, yang memberikan ujian.
yang menjadikan sakit,yang membuat keinginan terhalang serta menyusahkan hidup...
apakah Allah mentakdirkannya sia-sia?
bukan Allah tidak tahu retak hatimu, derita hidupmu..
itulah yang Dia ingnkan, kerana Dia tahu..
hati beginilah yang selalu lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya
bukankah hati sering keras dan sangat sukar untuk mengalirkan airmata?
bersyukurlah..
bukan jalanmu tertutup, cuma jalanmu dipayahkan olehNya..
mungkin dengan cara itu kamu akan lebih dekat dengan-Nya..
yakinlah! Allah sentiasa akan memberikan yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya..
bersabarlah wahai hati


kadang-kadang hidup ini terlalu indah sehingga kita mendapat melebihi dari apa yang kita mahukan..tidakkah kita mensyukuri nikmat yang diberikan? dan apabila terkadang sesuatu dugaan diberikan, apa yang kita lakukan? mengeluh? mengatakan Allah itu tidak adil? ingatlah wahai manusia, terkadang kita sangat mencintai harta, kekayaan, wanita, keduniaan dan sebagainya..terkadang kita menyayangi sesuatu itu melebihi segalanya..akan tetapi pernahkah kita terfikir untuk mencintai si Pemberi rasa cinta? tidakkah kita kita pernah untuk menyayangi Allah? yang memberi nikmat rasa cinta, rasa sayang? siapa yang berikan kita perasaan sayang? perasaan cinta? siapa? siapa yang memberikan kita harta, wanita, dunia dan kekayaan? fikir-fikirkanlah..

Friday, August 5, 2011

:::buat bakal isteriku:::

aku selalu mengharapkan 'dia' muncul di dalam mimpiku..wahai bakal isteriku, sekarang aku tidak tahu engkau dimana dan aku juga tidak mengetahui apa yang sedang engkau lakukan sekarang..tapi aku sangat pasti yang engkau pasti berada diluar sana.. wahai bakal isteriku, kita hanya mampu merancang tapi tuhan juga yang menentukan..seandainya telah tertulis di lauh mahfuz bahawa engkau milikku..maka, aku sedia menerima dan menjagamu.. dan kita hanya mampu merancang, akan tetapi rancangan Allah jugalah sebaik-baik rancangan..jika umurku masih lagi panjang, maka aku akan dipertemukan denganmu di dunia.. akan tetapi jika salah satu diantara kita pergi menemuiNya terlebih dahulu.. diakhirat jugalah kita akan bertemu dengan izinNya..


wahai bakal isteriku.. sesungguhnya aku sangat teruja apabila melihat wanita yang tidak memakai tudung dan berpakaian seolah-olah menampakkan susuk tubuhnya.. hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa ghairahnya aku apabila melihat wanita yang sungguh menggiurkan dengan helaian rambut yang berterbangan.. namun, wahai bakal isteriku..aku harap engkau bukan tergolong di dalam golongan wanita yang menghairahkan apabila dikhalayak ramai.. aku tidak rela susuk tubuhmu menjadi santapan lelaki-lelaki gersang sepertiku.. kerana menurutku kaum Adam sangat tersiksa apabila berhadapan dengan wanita-wanita seksi..seksa menahan nafsu serakah, ditambah lagi dengan godaan syaitan..alangkah pedihnya menahan nafsu..aku harap engkau akan selalu menjaga auratmu kerana di dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah S.A.W pernah bersabda, ayatnya lebih kurang begini.."adalah lebih baik sebatang jarum mencucuk kepalamu daripada engkau memperlihatkan sehelai rambutmu dihadapan lelaki yang bukan muhrim..


untuk pengetahuanmu, aku menulis tinta ini ketika puasa memasuki hari yang kelima di bulan ramadhan.. wahai bakal isteriku..aku ini bukan lelaki yang sempurna..tidak ada yang istimewa melainkan biasa-biasa saja..aku juga sedang berusaha meningkatkan amalku dan menjaga solatku..aku harap kau juga menjaga perkara-perkara asas didalam islam...wahai isteriku, jadilah payung ketika aku menharapkan perlindungan..jadilah tongkatku disaat aku hampir terjatuh..dan jadilah jurumudiku disaat aku kehilangan arah.. nsayaAllah, aku juga akan sentiasa menjagamu.. aku mempunyai bahu yang cukup kuat untukmu disaat engkau mengharapkan kasih sayang dan disaat engkau bersedih..menangislah dibahuku..sesungguhnya aku akan sentiasa ada disisimu.. aku juga mempunyai sepasang tangan dan sesusuk tubuh yang mampu menghangatkanmu diwaktu malam.. dan aku juga mempunyai sepasang mata yang mampu untuk memerhatkanmu serta menitiskan air mata jikalau engkau bersedih..

mudah-mudahan keluarga kita tergolong dikalangan keluarga yang sakinah..wahai bakal isteriku, peliharalah auratmu..dan jagalah nafsumu..sesungguhnya perangkap bagi seorang lelaki adalah wanita..aku mungkin tidak akan mampu menahan pujuk rayumu untuk tuntutan dunia..mudah-mudahan engkau mampu menahan tuntutan dunia daripada merosakkan institusi keluarga kita..dan aku juga akan berusaha untuk menjagamu daripada terperangkap dari godaan dunia..


wahai bakal isteriku, aku harap engkau akan selalu mengikhlaskan hatimu apabila menghadapi satu-satu situasi..ikhlaskan sahaja..jika ditimpa musibah, maka ikhlaskan sahaja hatimu..kerana Allah tidak akan memberikan sesuatu ujian jika hambaNya tidak mampu menghadapinya..

wahai bakal isteriku, aku harap engkau mencintaiku kerana engkau mencintai Allah..dan aku harap cintamu padaku tidak melalaikan dikau daripada mengingati sang pencipta..kerana menurutku, mencintai yang memberi cinta itu jauh lebih baik daripada mencintai sesuatu..oleh itu cintailah aku seadanya..

aku rasa sampai disini saja untuk kali ini..salam sayang dariku.. bakal suamimu..