Followers

Sunday, July 21, 2013

-3 hari untuk permulaan-

Alhamdulillah, aku bersyukur.. hari ini aku masih lagi bernafas. Allah masih lagi memberi peluang kepadaku untuk menghirup udara dimana nantinya menentukan samada aku ke syurga atau ke neraka. Alhamdulillah, tidak kira betapa payahnya perjalanan di muka bumi ini, Allah masih tidak lupa untuk memberikan rezeki kepadaku walaupun perjalanan ini terasa perit untuk diteruskan. Alhamdulillah, antara ramai-ramai manusia di bumi ini, Allah masih lagi memilih aku untuk keluar bermujahadah di jalan-Nya. Walaupun khilaf yang aku lakukan ini tidak terkira, namun Allah memanggil aku, belajar sambil berdakwah. Dan Alhamdulillah berkat tiga hari berkampung di masjid hj. Abdullah Tebobon, aku dapat gunakan sebaiknya untuk belajar dan membaiki diri dan pada masa yang sama beramal ibadat. Alhamdulillah, segala puji bagimu ya Allah kerana memilihku di bulan yang bahagia ini.


In syaa Allah tiga hari ini adalah permulaan bagi meneruskan dakwah seterusnya. Dengan izin Allah, usaha ini akan diteruskan. Serampang dua mata, itu tujuanku, kerana disamping berdakwah, aku juga dapat belajar dan beramal ibadat dengan aman di masjid. ya, tiga hari ini adalah permulaan bagiku. Mudah-mudahan Allah memilih aku lagi untuk keluar menegakkan agamaNya. Untuk menyebarkan kalimah Laa ila ha illallah di muka bumi ini.


Mengumpul harta itu bukan mimpiku, tidak pernah terlintas mengumpul harta setinggi gunung. kerana diakhirnya kain kapan juga yang menjadi peneman di alam kubur. dan disana nanti aku sungguh tidak pasti samada Allah menyempitkan kuburku ataupun meluaskannya.......Permulaan kepada kehidupan dimana penentu samada aku ke syurga atau ke neraka.. dengan pencapaian ini, amal ini, ibadat ini, aku berasa terlalu sedikit usaha yang aku lakukan berbanding dengan dosa-dosa yang aku telah lakukan.

dimanakah kita nanti? masa 25 tahun yang diberikan telah berlalu dan tidak akan kembali.. dalam tempoh 25 tahun itu, semuanya menjadi sia-sia tanpa ada sedikitpun digunakan untuk kebaikan. Di hari penentu itu nanti apakah yang aku dapat tunjukkan kepada Allah.

Rasulullah S.A.W bersabda: "perbanyakkanlah mengingat pemutus kenikmatan-kenikmatan" iaitu kematian.

Daripada Ibnu Umar diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W ditanya "siapakah orang-orang mukmin yang cerdas?" Nabi bersabda: " yang banyak mengingati mati dan paling tekun membuat persiapan untuknya. mereka itulah yang cerdas"

Abu Ad-Darda r.a berkata "Apabila diingatkan tentang orang-orang yang mati, maka persiapkanlah dirimu sebagai seorang yang akan mati seperti mereka"

cukup sampai sini dulu..

No comments: