Followers

Thursday, November 19, 2009

CLASSIC REALISM..



PERSPEKTIF REALISME klasik...
Persprktif realisme merupakan perspektif yang tertua di dalam hubungan antarabangsa..perspektif ini banyak menerangkan tentang kuasa dan kebanyakan skop kajian perspektif ini adalah berekaitan dengan kuasa dan juga negara.. major aktor perpektif ini adalah negara.realisme melihat negara merupakan aktor utama dan amat penting dalam sistem antarabangsa.perspektif ini juga melihat bahawa aktor bukan negara ataupun non states dilihat sebagai tidak pentng seperti MNCs, international organisasi antarabangsa,igo,isu2 alam sekitar merupakan tidak penting. Realisme juga melihat negara adalah aktor central(states as a central actor) dan negara selalu bersifat rasional di mana maksud rasional dalam perspektif realisme adalah negara melihat atau menimbang keuntungan dan juga kerugian dalam membuat sesuatu keputusan. Realisme juga melihat sistem antarabangsa bersifat anarki di mana tiada suatu kuasa autoriti dalam sistam politik dunia yang mampu mengawal negara lain.oleh itu mana2 negara bebas untuk melakukan apa sahaja bagi mendapat dan juga mengekalkan kuasa, memeperkuatkan sistem pertahanan dan juga keselamatan. Keadaan ini selalunya menghasilkan dilema keselamatan (security dilemma) yang akhirnya akan menyebabkan negara masing-masing meningkatakan tahap keselamatan ke tahap yang maksimum.
THUCYDIDES.(The History of Peloponessian War)
Merupakan sarjana realisme yang tertua dan juga digelar sebagai bapa realisme. Beliau merupakan seorang yang berpangkat jeneral dalam perang peloponessian war di antara Athens dan juga Sparta. Beliau banyak menekankan tentang kuasa dan berpendapat bahawa negara harus mendapatkan serta mengekalkan kuasa. Beliau berpendapat kuasa adalah penting untuk meneruskan kelangsungan sesebuah negara, persoalan kebenaran dan juga moraliti adalah persoalan yang terlalu relatif dan hanya boleh didefinisikan dan ditentukan oleh negara yang mempunyai kuasa super ataupun negara adikuasa.
‘negara yang kuat akan melakukan apa sahaja daripada kekuatan mereka dan negara harus menerima apa sahaja berikutan daripada kelemahan mereka’ thucydides..
Dalam konsep pakatan pula thucydides beranggapan pakatan tidaka akan membawa apa-apa kebaikan kepada negara dan seharusnya negara mengelakkan daripada menyertai pakatan. Hal ini kerana sesebuah negara tidak mengetahui sama ada pakatan itu akan benar-benar akan membantu apabila berlakunya sesuatu konflik. Masalah ‘Classic catch 22’ mungkin boleh menjelaskan pendapat thucydides di atas. Classic catch 22 bermaksud negara tidak mengetahui sama ada ahli pakatan akan benar2 membatu jika berlakunya sesuatu konflik sehinggalah terjadinya satu situasi di mana negara benar2 memerlukan bantuan.
Oleh itu thucydies beranggapan bahawa negara seharusnya tidak harus menyertai pakatan sebaliknya harus berusaha mendapatkan dan juga mengekalkan kuasa. Negara seharusnya bertindak sendiri serta berusaha menjajah negara lain.
NICCOLO MACHIAVELLI (THE PRINCE)
Seperti thucydides, machiavelli juga banyak menjelaskan tentang kepentingan kuasa. Dalam bukunya the prince, Machiavelli banyak menerangkan tentang cara-cara seseorang pemerintah yang baik dan apakah langkah yang harus diambil oleh seseorang pemerintah. Beliau berpendapat pemerintah seharusnya mengelakkan daripada memikirkan tentang soal norma kehidupan dan juga soal keadilan. Sebaliknya pemerintah ahrus memikirkan bagaimanakah caranya untuk mengekalkan kuasa. Pemerintah juga harus bersiap sedia untuk melakukan kekejaman dan juga penindasan untuk terus survive dalam politik antarabangsa.
Machiavelli melihat pakatan adalah sesuatu yang tidak akan membawa kebaikan kepada pemerintah. Oleh itu pemerintah harus mengelakkan daripada menyertai mana2 pakatan. Beliau menerangkan pemerintah akan terikat dengan pakatan sehingga memaksa pemerintah mengabaikan kepentingan dan kehendak negara akibat daripada kepentingan yang dimahukan oleh pakatan.

No comments: