Followers

Wednesday, June 11, 2014

Irama Versailles itu berdendang kembali

It's been a long time.


Time boring ni baru lah terfikir nak update blog. Selalu singgah kejap je belek-belek (bukan da yang berubah pun sama je).
Pengertian bosan kali ini lebih kepada 'bosan' yang menyeluruh. Sebab dah seminggu aku duduk rumah sorang-sorang. Dan dalam tempoh seminggu itu penyakit malas nak keluar dan bersosial itu semakin tinggi. ngehehe...


Semua chanel tv dibuka, sekejap chanel sports, kartun, indopak, chanel discovery. Bosan yang teramat. Ada yang kata normal is boring. Tapi bagi aku 'boring is normal'. Sudah terbiasa, sampai nak bercakap dengan member atau buah hati sendiri pun terasa kekok. yup.. last saturday we agreed to hangout but we not yet plan what we want to do. So sebab aku tak masak, then aku rasa lapar. So singgah la kedai fastfood. lame, yes. I don't know whether dia yang terlalu banyak bertanya atau aku yang memang banyak berkhayal. so dalam setengah jam lepas tu kitorang terus balik. Aku hantar dia balik rumah. Dalam perjalanan she asks, "what the hell is wrong with you? am I doing something which offense you? I tried to talk, ask you this and that and you just showed your lamed faced with no interest". Masa dia tanya aku benda tu aku cuma diam, aku rasa otak aku kosong dan aku rasa tak minat nak jawab soalan dia.


Sampai rumah dia aku singgah kejap sebab memang dah seminggu lebih tak jumpa mak dan bapak dia. Tak lama jugak sebab aku tak zuhur lagi, so I make my excused.



Melodi Versailles berdendang kembali, terngiang-ngiang di telinga lolongan suara kamijo, bunyi gitar hizaki dan teru, hentakan drum yuki. Lagu the gazette- pledge bermain kembali di fikiran. Sesungguhnya aku rindu dendangan cassiss. Akhirnya peneman lagu setiap malam diakhiri dengan Enyaa-now we are free violin version. Di rumah sebesar ini, pergerakan memang tidak terbatas. Disebabkan terlalu selesa membuatkan aku berasa takut untuk membuka pintu hadapan walaupun sekejap. Bukan takut kerana ancaman ataupun gertakan makhluk yang tidak kelihatan. aku takut dengan melangkah ke dunia luar dan juga takut dengan diri sendiri. the point is, am I ready?



Yang pasti irama versailles itu berdendang kembali, dan dunia fantasi semakin menjadi teman rapatku. Akhirnya tembok penghalang antara aku dan sosial semakin menebal. Biarkan tembok itu, biarkan. Kerana cuma aku yang mampu membinanya dan juga cuma aku yang mampu memusnahkannya.

No comments: