Followers

Tuesday, March 1, 2011

-islamophobia-ground zero-masjid-

semalam masa tutorial etnik konflik, lecturer aku yang sempoi dan tersangatlah selamba iaitu en.wan shawaluddin telah mengutarakan satu soalan yang masih menjadi bahan perdebatan sehinggalah hari ini.. kaitan islamophobia dan juga pembinaan masjid di tapak serangan 11 september iaitu pusat dagangan dunia di new york..yang pada hari ini juga dikenali sebagai ground zero..persoalannya disini adakah pembinaan masjid di tapak ground zero itu akan memberikan impak yang baik kepada masyarakat islam? jom kita ikuti kronologi sebenar disebalik cadangan pembinaan masjid di ground zero dan juga bagaimana mula datangnya unsur islamophobia..

sebenarnya maksud islamophobia ini adalah adalah sifat benci terhadap penganut agama islam, pandangan negatif dan menganggap orang islam ini jahat dan juga pengganas..ramai masyarakat barat khususnya rakyat amerika syarikat menganggap agama islam ini berkembang dengan pedang..pengaruh islamophobia ini mula menjadi perhatian apabila berlakunya tragedi 11 september apabila beberapa buah kapal telah dirampas oleh golongan pengganas yang dipercayai anggota al-qaeda yang dipimpin oleh osama bin laden..pesawat yang dirampas telah merempuh bangunan berkembar pusat dagangan dunia di new york,pentagon dan juga cuba untuk merempuh kediaman rasmi presiden amerika iaitu white house..akan tetapi pesawat yang hendak merempuh white house telah terhempas terlebih dahulu sebelum berjaya merempuh white house.. persoalannya disini, adakah perbuatan tersebut benar-benar dilakukan oleh al-qaeda??ataupun semuanya adalah konspirasi yang telah dirancang oleh amerika syarikat dan juga pelobi yahudi?? lets take a look..


sepanjang tutorial tersebut,terdapat banyak hujah yang telah dikeluarkan bagi mengupas secara lebih jelas mengenai impak islamophobia ini..

akibat daripada serangan pengganas di wtc new york..pengaruh islamophobia semakin menular sehingga banyak yang berpendapat bahawa islam in agama yang menyokong kepada keganasan..akibatnya masyarakat islam di amerika syarikat di diskriminasikan, di lemparkan dengan tohmahan buruk serta dicerca dengan perkataan yang selama ini tidak pernah dikeluarkan..keadaan ini diburukkan lagi apabila presiden bush iaitu presiden amerika pada waktu itu melancarkan kempen war on terror menentang keganasan..akibatnya rakyat afghanistan menjadi mangsa, tidak cukup dengan itu pencerobohan ke atas iraq telah dijalankan dengan alasan iraq mempunyai senjata pemusnah..dan menganggap iraq,iran dan korea utara sebagai axis of evil..


darah umat islam seolah-olah halal dibunuh..seperti penyembelihan etnik..dengan alasan mereka adalah pengganas dan harus dibunuh..maka menderitalah afghanistan..sengsara masyarakat iraq..saddam dihukum gantung..pergerakan ataupun pertubuhan masyarakat islam di indonesia di hapuskan..bersuka rialah tentera israel melakukan penyembelihan etnik keatas masyarakat palestin..mana-mana kumpulan yang menentang ataupun cuba untuk menegakkan kebenaran bagi membidas amerika dan israel dianggap pengganas..yang lebih menyedihkan..negara-negara islam seperti arab saudi, mesir,indonesia, malaysia dan banyak lagi negara islam menyokong kempen yang diagungkan oleh amerika dan bush.."with me or not??" apakah daya negara islam untuk melawan kuasa hegemoni seperti amerika?? sudah tentu tidak..dalam sistem anarki ni, yang kuat akan berbuat apa sahaja dengan kekuatan mereka dan yang lemah akan menerima apa sahaja daripada kelemahan mereka..samada suka atau tidak, kamu harus mengikuti sistem,jika tidak seseorang akan menjatuhkan kamu....kenyataan itu adalah fakta dan saya dengan beraninya mencabar siapa sahaja yang berani membidas fakta itu..

berbalik kepada isu tadi..selepas bush turun takhta dan digantikan dengan pentadbiran obama, fenomena islamophobia masih lagi merebak dan menular dikalangan masyarakat antarabangsa..untuk memastikan pengaruh tersebut tidak merebak sehingga menjadi parah..obama telah melakukan satu tindakan yang akibatnya telah menjadi kontroversi apabila beliau mengusulkan hendak membina masjid ditapak ground zero..akibatnya terdapat tunjuk perasaan yang berlaku sehinggalah berlakunya satu kejadian dimana seorang paderi dengan bangganya menyatakan hasrat untuk membakar seratus naskhah al-quran sebagai simbolik bagi mengingati kejadian 11 september..masyaAllah..sampai begitu sekali..akan tetapi hasrat untuk membakar al-quran tersebut telah terbatal di saat akhir..jika paderi tersebut benar-benar dilakukan..maka kiamat akan berlaku..mengapa saya mengatakan begitu..sebab masyarakat islam tidak akan berdiam diri..sudah pasti peperangan akan berlaku..


niat obama sebenarnya murni untuk baiki perspektif buruk masyarakat dunia mengenai islam..selain it pembinaan masjid di ground zero sebenarnya adalah sebagai simbolik bagi mengatakan yang melakukan serangan tersebut bukan agama islam,tetapi hanya sebilangan pengganas..dalam ucap tamah di mesir, obama telah membentangkan perspektif barat terhadap islam dimana motif obama pada masa itu adalah untuk menjernihkan kembali hubungan islam dan barat..

di sini saya menyertakan beberapa pendapat mengenai islamophobia-masjid-ground zero sepanjang perbincangan kami semasa tutorial tersebut..ada yang berpendapat pembinaan masjid di ground zero akan membawa impak positif kepada masyarakat islam dan akan menjernihkan lagi hubungan islam dengan barat..selain itu jika masjid dibina di tapak ground zero,tidak akan ada lagi serangan di tapak tersebut kerana ada sebuah masjid disitu..orang islam tidak akan menyerang masjid..itu sebenarnya cuma pendapat.. yang keduanya ada yang mengatakan (termasuk aku sendiri)pembinaan masjid di ground zero akan membawa impak negatif.. pertama, kenapa mesti ground zero? tidakkah pembinaan masjid di ground zero akan mengingatkan masyarakat dunia mengenai serangan 11 september..?? bukankh pembinaan masjid itu akan mengukuhkan lagi pendapat bahawa serangan tersebut dilakukan oleh islam?? bukankh pembinaan masjid itu akan mengukuhkan lagi pendapat bahwa islam itu penaja kepada keganasan?? nonsense..aku memang sebenarnya tidak setuju..pembinaan tersebut akan menambahkan lagi kebencian agama lain terhadap penganut agama islam..kenapa mesti ground zero?? tapi itu cuma pendapat..mungkin aku ni terlalu kolot untuk itu sehingga membantah pembinaan masjid di ground zero..





.



bagi pendapat aku..islamophobia itu cuma konspirasi u.s..sama seperti propaganda yang dilakukan semasa perang dingin menentang kesatuan soviet satu masa dulu..komunis itu jahat,komunis itu pembunuh..komunis itu jahanam..sehingga kita di tanah melayu pada masa itu percaya dengan propaganda itu..malah mungkin ada jugak masyarakat kita yang masih menganggap komunis itu jahat..memang anda,kerana mereka tidak tahu apa2..tambahan pula semasa perang dingin tu berlaku,malaysia merupakan pro u.s..sebenarnya begini..semasa perang dingin berlaku..ala yang zaman2 komunis tu,yang zaman perang vietnam tu..yang korea utara lwn korea selatan tu..haaaaa..itu la perang dingin..dulu2 tu kita anggap orang ho chi minh ni komunis..chin peng tu jahat..masa tu sebenarnya berlaku peperangan ideologi,perlumbaan senjata dan angkasa lepas antara amerika syarikat dan kesatuan soviet yang pada masa ini telah berpecah..lebih tepat lagi u.s vs rusia..haaa..tu la perang dingin..untuk menjatuhkan kuasa soviet semasa perang dingin ni..amerika telah melancarkan propaganda yang mengatakan komunis ni jahat,komunis ni pembunuh,kejam dan sebagainya..sehingga kita pun percaya..memang la sebab masa tu negara kita ni xda lagi subjek hubungan antarabangsa..hahahaha..sebab tu senang kena tipu..sebenarnya itu cuma konspirasi u.s.. masa tu berlakunya peperangan proxi..korea utara yang diwakili blok komunis telah memenangi peperangan menentang blok demokrasi iaitu korea selatan yang disokong oleh u.s.. begitu jugak halnya di vietnam..vietnam utara dibawah komunis telah menang menentang veitnam selatan..masa tu la amerika kalah perang..dapat malu sehingga keluarkan filem rambo..

so perlu diingatkan..masa tu u.s guna teori domino.. masa tu komunis tidak jahat tp kita ni ja yang terpengaruyh dengan propaganda amerika...sebenarnya masa tu DEMOKRASI VS MARXISM.. ada paham???

begitu juga la halnya skrg..amerika cuba mengeluarkan satu lagi propaganda bagi membendung kebangkitan masyarakat islam..apa namanya??? ISLAMOPHOBIA!!!!!!!! WAR ON TERROR..UNTUK APA?????? UNTUK KEKALKAN KUASA AMERIKA SEBAGAI PEMEGANG KUASA HEGEMONI DUNIA..SEBAGAI SATU-SATUNYA KUASA UNIPOLAR DUNIA..UNTUK APA????UNTUK KEKALKAN PENEMPATAN YAHUDI DI ISRAEL!!!!!! ADAKAH ANDA PERCAYA SERANGAN 11 SEPTEMBER BENAR2 DILAKUKAN OLEH AL-QAEDA????ATAUPUN CUMA KONSPIRASI U.S DAN JUGA PELOBI YAHUDI?????? YANG MANA SATU ANDA PILIH??????LU P K LA SENDIRI..
CAPITAL Q33 NY. CUBA TAIP BENDA NI DI MICROSOFT WORD..THEN TUKAR FONT PEGI 72..LEPAS TU HIGHLIGHT..THEN TUKAR FORMAT TULISAN PEGI WINGDINGS..TGK APA YANG BERLAKU..TENGOK APA SIMBOL YANG KELUAR..JANGAN TERKEJUT.. CAPITAL Q33 NY TU SEBENARNYA ADALAH NAMA PESAWAT YANG MEREMPUH BANGUNAN WTC..ADAKAH INI SEBUAH KONSPIRASI?? LU FIKIR LA SENDIRI..WASSALAM.

No comments: