Followers

Wednesday, August 28, 2013

-me myself against the world-

Dengan Allah juga tempat aku mengadu...

Wahai hati, bersabarlah kerana pada waktu ini tiada siapa yang memahamimu..
wahai hati, tenangkanlah gejolak perasaan, kerana pada saat ini tiada siapa yang mahu mendendangkan lagu untukmu disaat engkau berduka.
wahai hati, sesungguhnya ujian yang tidak seberapa ini telah tiba dan disaat inilah engkau harus berdiri tanpa menunggu seseorang untuk menyelamatkanmu..
wahai hati, senyum lah.. nyanyikan gurindam yang mampu mengubah perasaan duka menjadi gembira.


disaat terhimpit ini tiada siapa yang akan memahami. bukan kerana tiada siapa yang mampu membantu. tapi diri ini sudah terbiasa melakukan sebarang masalah secara sendiri. adakah wajar untuk memohon bantuan jika bantuan yang tiba hanya untuk menyakitkan si pembantu dan akan menyebabkan diri menjadi lebih bermasalah? tidak sama sekali. lebih baik masalah itu diselesaikan sendiri daripada menunggu seseorang untuk disakiti hatinya.


sesungguhnya hati ini tersangat sakit, bukan mahu mengadu tapi hati ini sudah tidak tertahan. terpaksa diluah agar tidak meracuni minda. kesalahan yang dibuat sebenarnya bukan untuk menyakiti sesiapa ataupun bukan sengaja untuk menyakiti hati sendiri. tapi jika memang benda itu telah ditakdirkan terjadi. maka tiada siapa yang mampu menghalangnya. sebarlah hati, percayalah bahawa hari esok masih ada. dan ingatlah Allah itu tidak tidur, tidak buta dan sentiasa memerhati setiap hambaNya.. bersabarlah wahai hati..

No comments: