Followers

Thursday, August 20, 2009

che guevara dan fidel castro..


munkin da ramai yang mengenali siapa itu che guevara dan siapa itu fidel castro.. tapi tahukah latar belakang kedua-dua orang ini..?? kalo dilihat memang ramai yang mengagungkan che guevara..che guevara tu menjadi lambang rasta.. memang amt sinonom..tapi mungkin kalo ditanya pada mereka yang hanya tau menyebut nama che guevara siapakah sebenarnya che guevara..hehe mesti ada yang melopong...
che guevara ni asalnya dari argentina..jika dilihat dari susur galur keluarganya, che ni datang dari keluarga yang boleh dikatakan hebat.. beliau ni juga bukan calang-calang orang, beliau mengambil jurusan kedoktoran..bila da habis belajar,beliau tinggalkan argentina dan pergi menjelajah Amerika latin dengan alasan mau bekerja sebagai badan bebas untuk penyakit kusta di venezuela.. beliau juga pernah menjadi aktivis di Guetamala dan keadaan ini kurang menyenangkan Amerika.. bagi beliau terdapat banyak kepincangan dan ketidakadilan yang berlaku di Amerika latin..penindasan dan juga penganiayaan kuasa2 besar telah menyebabkan beliau merasakan perlu menentang kuasa2 besar ini.. bagaimana caranya?? dengan melakukan revolusi..
kehidupan che di guetamala yang telah menjadi aktivis telah mendapat perhatian cia Amerika..beliau telah dimasukkan kedalam list orang yang paling dikehendaki dalam ahli komunis yang berfahaman marxist.. bukan nak mengagungkan che tetapi pengorbanan beliau telah berjaya membakar semangat nasionalisme anak2 muda yang mengenalinya. che pernah mengatakan bahawa musuh sebenar amerika latin adalah amerika syarikat, setelah kegagalan guetamala menentang amerika, beliau mula menjelajah ke mexico.. beliau juga telah mengelarkan dirinya sebagai seorang yang berfahaman marxis..
beliau telah brjumpa dengan fidel castro dan juga adiknya raul castro yang hidup dalam buangan, mereka telah berbincang dalam satu tempoh yang amat panjang dan che telah bersetuju untuk bekerjasama dengan fidel menjalankan revolusi.. dalam tahun 1952-1958 seramai 20000 orang telah pergi ke Cuba dengan menaiki bot, daripada 20000 orang tersebut hanya beberapa orang sahaj yang terselamat daripada kekejaman pemerintah Cuba yang didalangi Amerika. fidel dan che telah lari ke pergunungan dan mula membuat kubu.. fokus utama revolusi mereka adalah untuk menarik seramai munglkin golongan petani yang tertindas menyertai mereka..
pada tahu 1958 semakin ramai golongan petani yang menyokong gerakan revolusi dan keadaan ini amat membimbangkan amrika syarikat.
pada mei 1958 batista iaitu pemimpin Cuba telah mengerahkan tenteranya untuk mengepung pergunungan tempat revolusi castro dan juga che berada..seramai 10000 orang tentera telah dikerahkan untuk menggempur pemberontak yang diketuai castro iaitu seramai 300 orang sahaja. setelah genap sebulan gempuran dijalankan, tentera batista masih gagal untuk mengalahkan gerila revolisioner castro..
pada bulan oktober, para revolusioner telah berjaya menubuhkan kubu di pergunungan escambary yang dipimpin oleh che.. dan raul castro pula telah membuat kubu di sierra crystal dan telah berjaya membebaskan daerah yang mempunyai 500000 orang rakyat yang ditindas. nov 1958, castro telah turun dari gunung dan telah menyerang kota santiago iaitu bandar kedua terbesar Cuba. pada bulan disember che telah pergi ke santa clara dan disan beliau telah disambut oleh pemberontak rakyat.
1 januari 1959, batista yang berasa terancam telah lari meninggalkan Cuba.. akhirnya revolusi di Cuba telah berjaya dan che telah banyak memperkenalkan undang2 yang membawa keuntungan semua pihak selaras dengan fahaman marxists..
setelah kejayaan di Cuba, che telah meninggalkan negara tersebut dan terus ke negara Congo untuk menjalankan satu lagi revolusi..setelah beberapa lama di Congo, beliau telah menjalankan revolusi di negara Bolivia.. pada tahun 1967, beliau telah ditangkap seterusnya dibunuh oleh anggota CIA amerika yang saat itu telah bekerjasama dengan kerajaan bolivia.. jika dilihat dari gambar che saat kematiannya.. amat menyedihkan, beliau kelihatan amat kurus sekali..tetapi itulah pengorbanan anak muda dalam menjalankan gerakan revolusi.. beliau meninggal dalam usia 39 tahun..

No comments: