Followers

Sunday, March 23, 2014

:::Apa harus putus dulu:::

ku sampaikan kata pengantarku.....

lelaki selalunya kalau dah sayang memang sayang habis. I don't know maybe hati ini terlalu jiwang yang dah berkarat. Tiba-tiba rasa sakit hati. Ibarat little boy yang jatuh di Hiroshma. Memang mahu dibiarkan saja tapi hati ini sudah berteriak. Jika hutan itu ada, sudah pasti aku berlari ke hutan. Jika pantai itu wujud, sudah pasti aku belok ke pantai.

Jangan bertahan jika hati sudah merintih kesakitan. Kerana Allah itu ada. Aku wujud dihatimu pun memang telah aku niatkan untuk cinta kerana Allah. Apa perlu aku beristikharah sedang dia belum lagi pasti menjadi milikku? aku tahu Allah telah mendengar doaku dan telah tahu niat sebenarku. Mungkin disebabkan dosaku yang meliputi langit dan bumi yang menyebabkan doaku tidak diangkat dan hijab tidak dibuka untuk doaku bertemu Allah.

Lelaki sejati ini telah mengorbankan gejolak rasa yang menghimpit selama berbulan-bulan agar menerimamu dengan ikhlas. Kerana peribadi ini dengan tegas mengatakan engkau harus dilindungi agar tidak lagi tertipu dengan mulut arjuna yang selalu cerdik mematahkan srikandi islam yang naif sepertimu. Jiwa ini telah utuh untuk mempertahankanmu sehingga menolak ego dan juga naluri lelaki yang sentiasa mahukan wanita sempurna. Apa itu tidak cukup bagimu?

Ada yang mengatakan bahawa lelaki itu akan teruji jika dia memiliki segalanya. Aku dengan keras menolak dakwaan itu. Bagaimana pula dengan wanita yang memiliki segalanya? atau aku yang telah menjadi naif akibat buta dengan cintamu?

Kata pengantar telah ku sampaikan. Keputusanmu ditunggu. Dan apa saja yang kau ungkap akan ku anggap sebagai muktamad. Sebagai lelaki yang akan menjadi ketua keluarga suatu masa nanti, pendirian mesti tetap tiada lagi ungkapan rayuan. tiada lagi pandang ke belakang. Bukan mahu membangga, siapa sahaja yang mengenaliku pasti tahu siapa aku. Pandangan aku tidak pernah lekat kepada mana-mana perempuan. pasti aku larikan setiap kali bertembung, kerana aura pada mata. kerana aku takut perempuan akan terkesima. kerana aku tahu adanya kamu sebagai sebab kukuh untuk menidakkan minat perempuan lain kepadaku. dan itu akan terus aku lakukan sehingga aku menemui seseorang yang layak untukku. Mungkin agak janggal jika aku mengatakan bahawa beberapa wanita sebelummu datang menemuiku demi cinta. Dan aku tidak menolak. Dan bagimu pula, aku yang memilihmu untuk menjadi pasanganku. ternyata pilihanku yang kusangka mampu membina keluarga sakinah itu adalah jauh lebih buruk dari wanita-wanita yang datang memilihku.


sampai sini sahaja warkah ini kerana sakit itu masih kurasa..

No comments: