Followers

Friday, August 21, 2009

ThE GrEaT PoWeR

Hubungan antarabangsa adalah satu cabang ilmu sains yang mengkaji tentang tindak-tanduk Negara, politik antarabangsa, ekonomi, dasar luar, organisasi antarabangsa, teori-teori asas hubungan antarabangsa dan sebagainya. Dalam sistem politik antarabangsa terdapat banyak istilah-istilah yang digunakan bagi menggambarkan sesuatu situasi yang berlaku seperti hegemoni, super power, periphery, unipolar dan sebagainya. Istilah-istilah ini sering digunakan oleh sarjana-sarjana Hubungan Antarabangsa bagi menjelaskan sesuatu situasi.

Super power merujuk kepada satu kuasa yang kuat dan berkebolehan untuk mengarah, mempengaruhi Negara lain, memperkenalkan dasar dan sebagainya. Super power juga merujuk kepada Negara yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pihak dan Negara tersebut mestilah mempunyai ciri-ciri hegemoni samada hegemoni tangible iaitu kekuatan dari segi ketenteraan,teknologi,ekonomi dan matawang yang kukuh, dan intangible seperti pemikiran dan juga pengaruh. Dalam erti kata lain, super power adalah Negara yang amat digeruni, ditakuti, disanjungi, dijadikan contoh dan sebagainya. Menurut Evans dan Newnham (1998 : 522), kriteria kuasa terbesar atau negara adikuasa ialah memiliki kekayaan ekonomi dan mempunyai kekuatan senjata nuklear. Manakala Henderson (1998 : 95) menyenaraikan faktor fizikal dari segi keluasan geografi, faktor kekayaan ekonomi dan faktor politik sesebuah negara terutama dari segi kepemimpinan yang melayakkan sesebuah negara itu digelar negara adikuasa. Minix dan Hawley (1998:71) melihat negara adikuasa dari sudut sumber kuasa iaitu sumber asli yang melibatkan geografi, sumber asli dan penduduk; sumber psikologi sosial iaitu kestabilan dan kepemimpinan dan akhir sekali sumber sintetik iaitu melibatkan keupayaan industri dan militer yang dibangunkan dari sumber yang dimiliki oleh negara tadi. Ringkasnya negara adikuasa merujuk kepada negara yang dari segi geografinya luas, mempunyai kekayaan dari segi ekonomi serta berupaya dari segi politik untuk mempengaruhi suasana politik secara global

konsep super power ini memang sudah dikenali sejak dahulu lagi seperti zaman negara kota mesopotamia. dalam tamadun itu negara kota yang dilihat sebagai negara super power ialah negara kota athens dan juga sparta. Sebelum Perang Dunia Pertama meletus, Great Britain dilihat sebagai Negara yang mempunyai kuasa super power. Akan tetapi selepas tamatnya Perang Dunia Pertama Super power yang dimiliki oleh Great Britain mulai terhakis akibat ketidakstabilan ekonomi dan juga kemusnahan yang ditanggung oleh Britain. ‘world war one change the whole structure’. Perang Dunia Kedua pula telah membolehkan Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa super. Hal ini kerana hanya Amerika Syarikat sahaja yang tidak terjejas teruk serta tidak mengalami kemusnahan seperti Negara-negara lain yang terlibat dalam perang tersebut. dalam era Perang dingin pula, Soviet Union adalah pencabar utama Amerika yang juga dikatakan memegang kuasa super walaupun tidak sehebat Amerika. Semasa era perang dingin, perlumbaan senjata telah berlaku diantara Soviet dan Amerika sehinggalah Kesatuan Soviet runtuh pada tahun 1991.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan sesebuah Negara itu menjadi kuasa super antaranya ialah faktor geografi, populasi, saiz ekonomi , sumber dan juga kekuatan ketenteraan.

Faktor saiz geografi negara sebenarnya tidak banyak membantu sesebuah Negara untuk menjadi kuasa super, akan tetapi semasa era perang dingin faktor saiz geografi Kesatuan Soviet dilihat membantu Negara itu untuk menjadi kuasa besar. Hal ini kerana saiz Kesatuan Soviet yang besar telah membantu kesatuan itu menjana projek secara global bagi mendapatkan sumber bahan mentah untuk menguatkan lagi ekonomi dan ketenteraannya. Akan tetapi tidak semua Negara yang besar akan membolehkan Negara tersebut menjadi kuasa besar. Sebagai contohnya Great Britain, Perancis dan juga Belanda semasa era imperialism. Negara-negara tersebut telah keluar untuk mencari tanah jajahan seterusnya mendominasi sumber-sumber Negara tersebut.

Dari segi populasi pula, kita dapat lihat jumlah populasi Negara China dan Amerika telah banyak membantu dalam menggerakkan ekonomi dan juga ketenteraan Negara tersebut. walaupun begitu jumlah populasi yang ramai tidak semestinya mampu menjadikan sesebuah Negara itu berkuasa, seperti Negara Ethopia yang jumlah penduduknya seramai 74,77,981 juta orang,jumlah ini memang ramai tetapi perlu diketahui bahawa Negara Ethopia adalah Negara yang membangun dan teknologi yang ada pada Negara tersebut masih terlalu kurang. berbeza dengan Amerika dan juga China.

Kekayaan sumber yang terdapat pada sesebuah Negara juga banyak menyumbang kepada kekuatan Negara dan juga membolehkan Negara tersebut mengaut hasil mahsul dari kekayaan Negara tersebut. Perlu diketahui bahawa Negara Jepun tidak mempunyai apa-apa sumber kekayaan yang boleh dikeluarkan. Akan tetapi kemajuan Jepun dalam teknologi dan keupayaan Negara tersebut untuk membangun dengan pesat membolehkannya muncul sebagai Negara yang termaju di dunia.

Kuasa ketenteraan adalah satu faktor penting dalam menjadikan sesuatu Negara itu menjadi kuasa super. Sebelum berlakunya perang dunia pertama, sesiapa sahaja yang mempunyai kekuatan ketenteraan laut seperti kapal yang besar dan banyak. Maka Negara tersebut adalah Negara yang kuat. Great Britain pada masa itu mempunyai kekuatan armada tentera laut yang kuat dan cukup lengkap. Namun diakhir- akhir sebelum meletusnya perang dunia kedua, Negara German dikatakan menjadi pesaing utama kepada Great Britain dengan turut menampilkan kekuatan tentera yang amat kuat. Hal ini jelas membuktikan bahawa kekuatan ketenteraan sesebuah Negara boleh membuatkan Negara tersebut menjadi kuasa super. Kelengkapan ketenteraan seperti kereta kebal, jet pejuang, senjata moden, kapal selam dan sebagainya adalah penting bagi menjaga kedaulatan sesebuah Negara.

Perang dunia kedua juga memperlihatkan Negara-negara seperti Jepun, Itali, Perancis, Britain dan Amerika hampir mempunyai kekuatan ketenteraan yang sama. Namun senjata nuklear yang dimiliki oleh Amerika telah menafikan semua kekuatan ketenteraan Negara lain. Serangan Jepun keatas Pearl Harbour telah menyebabkan Amerika telah bertindak mengubah dasarnya yang bersifat berkecuali dalam peperangan. Akibatnya perang dunia kedua tamat apabila Amerika menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki di negara Jepun.

Pada masa kini kita dapat lihat banyak Negara telah membangunkan senjata nuklear bagi memastikan keselamatan Negara mereka terjamin. Sebagai contohnya Negara Korea Utara. tindakan Korea Utara membangunkan senjata

nuklear telah menyebabkan banyak Negara berasa tidak tenang dan berasa terancam dengan keadaan tersebut seperti Negara Korea Selatan dan juga Jepun. Sudah jelas disini bahawa untuk meneruskan survive negara di peringkat antarabangsa maka sesebuah Negara itu harus kuat dari segi ketenteraan. Namun hal ini sering membimbangkan Negara-negara yang membangun tentang keselamatan Negara mereka. Negara kuasa super seperti Amerika sering mengeksploitasi dan menggunakan kekuatan negaranya untuk mengancam dan menakutkan negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan yang lemah. Hal ini selalu membuatkan Negara yang lemah dari segi ketenteraan mengalami security dilemma. Apa yang dikatakan oleh Thucydies dalam bukunya the history of Peloponessian war ada benarnya. Beliau mengatakan Negara yang kuat akan melakukan apa sahaja dengan kekuatan yang mereka miliki dan Negara yang lemah harus menerima apa sahaja daripada kelemahan mereka.

Kekuatan ekonomi juga adalah salah satu faktor penting bagi menjadikan sesuatu Negara itu menjadi kuasa super. Kekuatan ekonomi adalah penting kerana jika sesebuah Negara tidak mempunyai kekuatan ekonomi yang kuat, maka amat sukar bagi Negara tersebut membangunkan kekuatan lain seperti membangunkan kuasa ketenteraan dan juga membiayai perbelanjaan untuk teknologi. Jika dilihat Negara super adalah pengawal kepada situasi ekonomi. Jatuh bangun ataupun krisis ekonomi juga adalah bergantung kepada kuasa super. Semasa tahun 1928 hingga 1930 situasi ekonomi jatuh pada kadar yang amat buruk sehingga digelar kemelesetan besar. Hal ini disebabkan oleh keengganan Amerika Syarikat untuk sebagai Negara adikuasa untuk bergiat secara aktif dalam ekonomi antarabangsa begi menstabilkan ekonomi dunia. Semasa era pasca Perang Dingin pula dapat dilihat tindakan Kesatuan Soviet yang membelanjakan wang yang banyak untuk ketenteraan telah menyebabkan ekonomi Kesatuan Soviet jatuh seterusnya telah menyebabkan Kesatuan Soviet telah runtuh. Seperti yang kita dapat saksikan, krisis ekonomi yang berlaku baru-baru ini adalah disebabkan berlakunya krisis ekonomi yang teruk di Amerika Syarikat. Akibatnya seluruh dunia mengalami krisis ekonomi.

Agak mustahil jika sesebuah Negara yang lemah dalam ekonomi mampu menjadi kuasa super dan agak mustahil bagi sesebuah Negara yang lemah dalam ekonomi mampu membangunkan teknologi dan juga membangunkan kuasa ketenteraan.

Kekuatan atau kecanggihan teknologi sesuatu Negara juga merupakan faktor pemangkin kepada kekuatan sesebuah Negara. Dalam erti kata lain semakin canggih penggunaan teknologi sesebuah Negara maka semakin kuat Negara tersebut. Sebagai contohnya adalah Negara Amerika yang mempunyai kecanggihan teknologi dalam segala aspek seperti teknologi ketenteraan, pertanian, pembangunan dan sebagainya. Keadaan ini memudahkan Amerika untuk membangunkan negaranya seterusnya Negara lain juga telah meminta bantuan Amerika bagi mendapatkan teknologi untuk membangunkan Negara mereka. Selain dari itu Negara Jepun juga merupakan sebuah Negara yang mempunyai teknologi yang tinggi. Walaupun Negara tersebut tidak mempunyai sumber yang banyak, namun Negara tersebut mampu untuk memberi saingan kepada Negara Eropah disebabkan kemajuan Negara tersebut dalam teknologi.

Semasa era Perang Dingin, kesatuan Soviet telah menyerah kalah kepada Amerika dalam perlumbaan senjata akibat tidak dapat menandingi kehebatan teknologi Amerika. Jika dilihat semasa Perang Dingin, walaupun Kesatuan Soviet mampu mengeluarkan senjata nuklear dalam jumlah yang banyak berbanding Amerika. Namun dari segi ketepatan sasaran, Kesatuan Soviet jelas tidak mampu mengalahkan Amerika berikutan Kesatuan Soviet tidak mempunyai kecanggihan computer dalam ketenteraannya.

Kekuatan Amerika dalam segala aspek memang tidak boleh disangkal lagi dan Amerika memang layak digelar sebagai kuasa super. Selepas berlakunya Perang Dunia Pertama. Ketiadaan kuasa super yang menerajui sitem antarabangsa semasa selepas perang dunia pertama telah menyebabkan system ekonomi dunia telah jatuh sehingga berlakunya krisis ekonomi yang teruk. dalam tahun-tahun 1930 an dilihat harga bahan mentah seperti bijih timah,kelapa sawit dan sebagainya telah jatuh merudum. Hal ni kerana tiada kuasa super yang mahu mengawal system antarabangsa ketika itu. jika dilihat Amerika sudah mampu menerajui serta memegang kuasa super pada masa selepas perang dunia kedua. Akan tetapi dasar luar Amerika yang mengamalkan dasar pemencilan diri telah menyebabkan keadaan system antarabangsa menjadi anarki.

Namun selepas tamatnya perang dunia kedua, dasar luar Amerika telah berubah dan telah menjalankan kerjasama diantara Negara. Akibatnya krisis ekonomi berjaya diatasi dan Liga-Liga Bangsa yang dilihat telah gagal digantikan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam organisasi PBB, Amerika dan beberapa Negara lain telah dilantik menjadi anggota tetap dan pada masa ini hampir semua Negara diseluruh dunia telah menyertai PBB.

Paul Kennedy dalam bukunya The Rise And Fall of The Great Power (1988) pernah menyatakan bahawa Amerika Syarikat akan menerima nasib yang sama dengan Negara-nagara adikuasa yang lepas. Amerika Syarikat pasti akan jatuh satu masa nanti.

Kesimpulannya Negara-negara yang memegang kuasa super adalah Negara yang memang dianggap hebat oleh seluruh dunia. Namun untuk mengekalkan kuasa super bukan satu perkara yang mudah. Hal ini kerana negara-negara yang lain akan cuba menggugat kekuatan kuasa super tersebut. Semenjak dari zaman dahulu lagi negara yang memegang kuasa super memang sentiasa digugat. Ketika britain memegang kuasa super, terdapat banyak negara yang cuba menggugat kekuatan tersebut seperti German dan Itali. Semasa era Perang Dingin pula kuasa super yang dimiliki Amerika cuba digugat oleh Kesatuan Soviet. Pada masa kini kita dapat lihat kuasa super Amerika Syarikat cuba digugat oleh banyak negara seperti China, Russia, Perancis, Briatin dan yang terbaru adalah negara Iran. Keadaan sistem antarabangsa pada masa kini bolehlah dikatakan sebagai uni-multipolar. Untuk mengekalkan kuasa super yang ada pada Amerika, Amerika telah menjalankan pelbagai agenda seperti menakluk Iraq yang didakwa telah membangunkan kuasa nuklear, telah menyerang Afghanistan yang didakwa adalah tempat sarang pengganas dan telah mengadakan kempen anti-keganasan. Sikap rasional yang dibawa Amerika sebenarnya adalah agenda semata-mata bagi mengekalkan kekuasaannya. Ramai yang mendakwa serangan 11 September keatas Pusat Dagangan Dunia Putra di New York adalah rancangan Amerika sendiri. Namun Amerika menafikan perkara tersebut lalu menyalahkan Osama Bin Laden. Situasi ini jelas membuktikan bahawa amat sukar untuk mengekalkan kuasa super yang ada pada satu-satu negara. Hendak mendapatkan sesuatu perkara itu memang mudah tetapi untuk mengekalkannya adalah sukar.


sumber aku tak sempat masukkan..tapi kebanyakannya hasil pemikiran aku sendiri.. antara sumbernya The rise and fall of the great power-paul kennedy, Amerika dan kuasa hegemony- Prof.Madya.dr Asmady Idris, foreign policy analysis-Marijke breuning, artikel en.wan-soviet union dan keruntuhannya..

No comments: