Followers

Saturday, January 11, 2014

Redline

It was you call me and told me
Help me out and shine up my life
It was u call me again tell I am without

It was you call me and told me
Blur up my eyes and left me alone
It was you told me the lies I always spoke

Suddenly i felt like want to write something. So I started the title randomly.

Terlalu banyak isu yang berlaku samada di dalam atau luar negara. dan terlalu banyak isu di dalam negara yang jika dilihat membawa aib dan huru hara kepada malaysia. Bertitik tolak dari proses pilihan raya sehinggalah isu kenaikan harga minyak dan beberapa harga barangan lain seterusnya kepada isu kalimah Allah.

lihatlah betapa pincangnya pentadbiran negara ini. lihatlah bagaimana perkembangan cara berkomunikasi pada masa ini telah membuatkan setiap orang di setiap ceruk mampu mengeluarkan pendapat dengan mudah. dan lihatlah bagaimana pantasnya sesuatu berita itu samada sahih ataupun palsu mampu mempengaruhi minda yang memang selama ini telah negatif.

Bagaimana pula dengan keruntuhan akhlak dikalangan masyarakat? tidak kurang hebatnya, fenomena fesyen juga telah berjaya meracuni minda anak-anak muda islam.

Teringat ceramah dari seorang sheikh.

"sesungguhnya islam berada di dalam keadaan koma, jika tidur seseorang itu mampu bangkit dari tidur selepas tidur sekurang-kurangnya 8 jam. tetapi islam sudah koma sejak beberapa ratus tahun dahulu. tiada lagi abu bakar, tiada lagi umar, tiada lagi usman dan tiada lagi ali. Darah pejuang sudah lama hilang di kalangan umat islam, tiada lagi khalid, tiada lagi salahuddin, tiada lagi Tareeq Ziyad dan tiada lagi Sultan Muhammad al-fateh. Sesungguhnya Allah telah menurunkan ujianNya di Iraq, Afghanistan, Palestin, Syria, Mesir dan Libya. Adakah anda berfikir bahawa tentera kafir mampu mengalahkan kita? TIDAK!!! sesungguhnya tentera kafir tidak akan pernah mampu mengalahkan kita kerana Allah tidak bersama mereka. Tetapi adakah kita bersama Allah? Ya, Allah bersama kita, tetapi setiap kali Allah menghampiri kita, kita yang menolak Allah. kita lupa untuk mengingati Allah. seringkali kita memohon agar tentera kafir itu dimusnahkan tetapi adakah kita bersatu padu untuk menentang mereka? TIDAK!! bagaimanakah keadaan ummah pada hari ini? adakah kita kurang daripada mereka? tidak!! bahkan jumlah kita lebih ramai dari mereka. kita menghina dan mencaci serta menyelar kaum kafir kerana telah membuat pembantaian di sabra shatila, kita mengutuk kekejaman amerika di iraq, afghanistan dan juga beberapa negara islam yang lain. soalan saya, apa yang kamu harapakan daripada musuh-musuh kamu? what do you expect from your enemies? adakah kita mengharapkan agar negara kafir melayan kita dengan baik sepertimana pejuang-pejuang islam melayan wilayah tawanan dengan baik? TIDAK!! kerana mereka bukan kita, tiada cahaya islam pada mereka. saudara-saudaraku yang dimuliakan Allah, sesungguhnya kaum kafir berani menentang kita kerana mereka tahu kita berada di dalam koma, mereka tahu bahawa mereka mampu mengalahkan kita kerana tiada kesatuan dikalangan umat islam pada hari ini. oleh itu buatlah sesuatu agar anda bisa bangkit dari keadaan koma."

2 comments:

Anonymous said...

salam, after anthem, I search all over for you. curious!
I found this site. Are you hlovate?
Dont bother to answer.
Just to let you know, I'm here, searching.

Ina Marjana Ulfah.

Anonymous said...

sorry, I must got the wrong person. but still curious -
how do you 'cut and paste' hlovate novel?
Scan? Type?
Dont bother to answer.

Ina Marjana Ulfah.