Followers

Saturday, October 29, 2011

:::orang tua:::

cakap orang tua-tua jangan main-main. sebabnya diorang ni dah terlebih makan garam. eh, makan garam lebih dulu. Rindu pulak nak dengar celoteh orang-orang tua di Masjid. actually, sebelum masuk solat Isya' ataupun selepas solat maghrib, Usually kitorang selalu lepak dekat luar masjid, itupun kalau semua dah siap zikir ataupun ustaz tidak memberikan ceramah mahupun tazkirah. Selalunya malam isnin ustaz akan membentangkan hadis-hadis terpilih. Malam jumaat plak selalunya kitorang akan baca yasin.


ok, sekarang aku nak cerita apa yang aku dengar dari orang-orang tua masjid tu cerita kat aku. yela..dalam kumpulan ahli masjid tuh, aku yang paling muda dan cuma aku je yang belum berkahwin..huhu

salah sorang tu pernah bercerita, "ko nak tau tak makanan harian yang kita selalu makan ni pun adakalanya boleh jadi racun" aku pun tercengang, "explain then..." eh bukan aku cakap explain, diorang tu mana faham.. aku cakap la, "camana plak makanan boleh jadi racun?" so, member tua ni pun buka cerita,

"kalau nak buat racun yang paling berbisa tanpa menggunakan apa-apa seperti bahan kimia, ataupun ko nak kenakan orang tanpa disyaki atau ditangkap..senang je.. air kelapa dengan ubi kayu"

tadi aku tercengang, sekarang ni aku melopong terkejut..wooooo...
"camana plak tu pak cik" then pak cik buat-buat muka serius..
"dengar baik-baik, aku cuma cakap sekali je" kemudian pak cik tu pandang tempat wudhu'..

"cerita ni aku dengar zaman ko masih umur hingusan lagi, masa tu musim kemarau melanda sebuah kampung pedalaman.. so masa kemarau memang takde air..nak dijadikan cerita, terdapat sebuah keluarga yang miskin hendak merebus kayu ubi yang dicabut di tepi hutan.. oleh sebab masa tuh takde air, si isteri menyuruh si suami memetik buah kelapa muda untuk diambil airnya bagi dimasak bersama kayu ubi.." aku punya fokus lagi, "lepas tuh?"

"lepas tuh ubi kayu tu pun dicampur dengan air kelapa dan dimasak untuk dijadikan hidangan di waktu malam, selepas masak mereka sekeluarga pun makan, lepas tuh semuanya mati selepas beberapa minit menikmati hidangan tersebut" ujar pak cik tuh.
aku melopong lagi.

"lepas tuh orang gunakan ramuan tuh untuk dijadikan racun yang paling berbisa". hmmmmm...bahaya jugak kan, sangat menarik, bayangkanlah..air kelapa tuh benda yang selalu kita minum dan ubi kayu tu pun benda yang kira kita selalu makan jugaklah. Rasanya kalau tak masak benda tuh, kita takkan keracunan. masih boleh makan ubi kayu dengan air kelapa. Tapi kalau benda tuh dimasak. memang akan keracunan dan boleh membawa maut. so diingatkan sekali lagi. Jangan sesekali mencampurkan ataupun memasak ubi kayu dengan air kelapa. kerana ianya amat beracun!! sebenarnya aku ada banyak lagi cerita nak dicerita..tapi next time la..aku nak tengok bola. next kita cerita pasal jin dan kehebatan seorang ustaz menumbangkan pokok yang dihuni jin yang suka mengganggu penduduk kampung.

No comments: