Followers

Monday, October 10, 2011

Ingin bingar, mau di Pasar..

Aku suka keadaan sepi, baik untuk merenung sejauhmana tahap aku sekarang. Terutama sakali bila memikirkan di manakah aku setelah ajal datang menjemput.. adakah aku di syurga ataupun di neraka.. adakah rohku akan berterbangan tidak di bumi dan tidak di langit? di manakah aku? berapa lama lagi aku akan hidup. sempatkah aku berumah tangga? dapatkah aku melihat zuriat dari benihku? ya Allah, amalku ini belum cukup, apa yang akan aku persembahkan kepada Mu nanti? bukan ibarat pepasir, malah mungkin lebih dari itu dosa-dosaku.. jika aku menjadi lelaki terakhir masuk syurga, itu sudah memadai buatku.. kerana aku tahu, aku ini terlalu lemah untuk menahan segala godaan..


jika malam tak bertuah, dan siang tanpa pesan..hari pula terasa sinis menyapa diri
ya Allah, bentangkan hatiku..peluklah jiwaku, kirimkan aku pembantu agar aku mampu menghadapi segala cubaan dan godaan..tiada lagi tempat yang aku boleh mengadu melainkan kepada Mu ya Allah..

bersabarlah wahai hati, tegaklah hati batin.. tekunlah engkau mengejar amal ibadah.. bersabarlah menghadapi cubaan dan godaan kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda, Sabar adalah separuh dari Iman dan keyakinan adalah seluruh keimanan (HR Ath-Thabrani dan baihaqi).. alangkah bahagianya orang yang bersabar..


jika aku menjadi seperti yang lain hidup bercahaya,
mungkin saja aku kehilangan rasa syukur,
tak tersenyum dalam damai,
coba kau jadi aku,
sanggupkah bernafas tanpa udara,
namun ku nikmati nasib dan takdir hidup ini bila Tuhan mahukannya..
bukannya Tuhan tidak mendengar doa kita tapi Ia tahu mana yang terbaik..

sabda Rasulullah S.A.w, sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat pertama kali tertimpa musibah. (HR.Bukhari).


jagan menangisi apa yang hilang,
jangan diratapi apa yang telah tiada,
jangan pernah merasa Allah itu tidak adil..
ingatlah, Allah itu tidak buta, Allah itu tidak tuli, Allah itu tidak tidur..
Allah tidak akan memberi dugaan jika hambaNya tidak mampu menananinya..
Allah tahu mana yang terbaik untuk setiap hambaNya..

lihat sahaja hadis ini, sabda Rasulullah S.A.W, tiada seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan Allah mencatat baginya kebaikan dan menghapus darinya dosa. (HR Bukhari)

bagaimana dengan hadis ini pula? sabda Rasulullah S.A.W, orang yang bahagia ialah orang yang dijauhkan dari fitnah dan orang yang bila terkena ujian dan cubaan dia bersabar. (HR Ahmad dan Abu Dawud)


Apa lagi yang lebih mulia melainkan bersabar bila ditimpa cubaan dan dugaan?
Firman Allah S.W.T, Apabila aku menguji hambaku dengan membutakan kedua matanya dan dia bersabar, maka aku ganti kedua matanya dengan syurga (HR Ahmad)

adakah tidak mencukupi? bagaimana dengan yang ini?
Sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa ditimpa musibah dalam hartanya atau pada dirinya lalu dirahsiakan dan tidak dikeluhkannya kepada sesiapapun maka menjadi hak atas Allah untuk mengampuniya. (HR Ath-Thabrani)

adakah Allah pernah menghampakan hamba Nya? tidak!! tidak sama sekali!! Allah itu maha pengasih dan maha penyayang..hayatilah Asmaul Husna.. maka anda akan menemui apa yang dikenali sebagai ketenagan.. banyakkan beristighfar itu lebih baik..wassalam..

No comments: