Followers

Monday, September 12, 2011

:::siapakah sri kandi sejati itu?:::

mula-mula dulu aku tak kisah dan tak hairan kalau setiap subuhnya dia akan singgah. ala, bulan-bulan macam ni semua orang berebut nak tambah amal ibadah. kalau bulan lain jangan harap nak singgah. begitulah apa yang aku rasa. Dan hari demi hari dia tetap setia untuk singgah bila subuh datang menjelma. rasanya minah ni guru kot, tiap pagi ada je muka dia tercongak kat sini. terkadang mahu jugak aku melihat siapa wanita itu. tapi, bila aku berniat nak tunggu sehingga wanita itu selesai menunaikan hajat, aku terus batalkan niat. sumpah aku tak pernah terserempak dengan dia. melainkan kasut dan selipar dia di hadapan..tapi aku tahu dia ada di dalam. sebabnya pintu yang sebelah lagi akan tertutup bila dia ada.


dekat tempat aku ni ada lelaki yang kurang siuman. nak kata gila tak jugak. sebabnya dia kenal dengan aku, jiran-jiran aku dan akan selalu beramah mesra. tapi bila penyakit dia datang, mak aih. ada je benda bodoh yang dia buat. dan lelaki kurang siuman itu juga akan datang apabila waktu subuh tiba. Dan apabila penyakit itu datang, lelaki itu akan menerobos masuk ke mana sahaja termasuk di tempat wanita yang selalu singgah itu. tapi syukur, lelaki itu bukan jenis yang mengganggu. cuma akan berbuat bising atau menyumpah seranah. walaupun berada di tempat itu. dan syukur juga dia tidak menganggu wanita yang aku anggap hebat itu..


dan apabila bulan sudah berganti. aku pun semakin malas ke tempat itu di waktu pagi. susah sangat nak bangun awal. lagipun benda tu boleh dibuat di rumah. dan pagi ini aku terbangun awal, sebab nak puasa enam hari di bulan syawal. selesai bersahur, aku stay kejap. dan aku bertekad untuk ke tempat itu untuk menunaikan kewajipanku..seperti biasa hanya ada dua orang sahaja yang datang. aku dan mantan imam. ketika kami sedang berwirid, tiba-tiba aku terdengar pintu sebelah dibuka. aku mula gelabah, jin kot. yelah jin islam pun solat jugak kan. dan sekali lagi aku terdengar pintu sebelah tertutup..berderau darah aku.. jin ni mesti nak uji aku. sebab imam kat depan aku ni relaks je. tapi imam ni memang dah biasa. kalau aku takde pun dia akan datang dan solat sorang-sorang.

dalam pada tertanya-tanya siapakah yang membuka pintu sebelah. jin or manusia? aku teringat wanita itu. ah! tak mungkin. dia mana berani. kawasan ni gelap plak tuh. lagipun mesti dia tau tak ramai orang akan datang bila bukan di bulan ramadhan. tapi apa yang berlaku. selepas membaca doa dan bersalaman. aku terkejut besar apabila terpandang kereta yang amat aku kenali.. Maha Suci Allah yang menciptakan srikandi yang teguh seperti Rabiatul Adawiyah di zaman ini.. aku lihat pintu sebelah tertutup rapat, dan aku tahu dia berada di dalam. rasa malu tiba-tiba menghantui diri ini, aku ini lelaki tetapi aku amat malas mengunjungi rumah Allah. dan aku juga terkadang berasa seram apabila hendak bertandang ke Masjid.. yelah tempat tinggal aku ni tepi jalan utama. lagipun kes rompak dah banyak yang berlaku. lagipun di waktu pagi kawasan masjid memang gelap, tambahan pula tempat aku ni rumahnya saling berjauhan. sempat koma baru ada yang datang membantu jika terjadi sesuatu. itu pun kalau ada yang datang.

tetapi wanita itu seperti tidak takut akan segala ancaman. yah, tawakkal kepada Allah dan percaya kepada qada dan qadar itu kemestian. aku bertekad untuk datang setiap hari ke masjid di waktu subuh. bukan untuk menunjukkan bahawa aku ini lelaki soleh. jauh sekali. tapi aku mahu buktikan bahawa di zaman ini bukan hanya terdapat srikandi yang hebat seperti wanita itu, tetapi terdapat juga kesatria islam di akhir zaman yang mampu menghidupkan masjid di subuh hari. aku faham bagaimana perasaan imam apabila di subuh hari tidak ada seorangpun yang menemani. dialah imam, dialah muazzin dan dialah makmum..


pagi ini aku bercadang untuk melihat siapakah gerangan srikandi islam yang tegar itu. tapi sekali lagi niat itu aku batalkan. aku takut nanti dia tidak berasa selesa bila melihat aku seperti menunggunya di hadapan masjid. so, aku pun blah sambil berdoa agar dia selamat sampai ke hala tuju..

No comments: