Followers

Friday, August 12, 2011

-bila cinta berbicara-

kemaruk cinta..terkadang ada yang sampai terlalu terdesak untuk mendapatkan cinta..ya, cinta itu memang indah..sangat indah, ibarat melodi lagu..kita akan terbuai dengan indahnya lafaz cinta yang diungkapkan..lirik yang mengagungkan kekasih hati.. namun, hakikatnya tidak semua lagu mengenai cinta itu indah.. adakalanya lagu cinta juga bernada sedih, kusam, sehingga merenggut lubuk hati yang terdalam.. Masyaallah, indahnya cinta itu.. namun terkadang kita terlupa beberapa hal yang jauh lebih pentng daripada memiliki cinta sang hawa mahupun sang adam. bukankah telah disebutkan bahawa makhluk yang diciptakan Allah itu berpasangan? ya, semuanya berpasangan.. jodoh pertemuan, ajal maut itu telah ditentukan..telah tersurat..

cintakan harta itu tidak akan membawa seseorang manusia kemana-mana selagi kita sebagai manusia tidak mensyukuri nikmat yang diberi, dan harta itu tidak berguna jika kita kikir mahupun bakhil sehingga kita merasa terlalu berat untuk menginfakkan harta ke jalan Allah ataupun mendermakannya.. adakah terlalu sukar untuk bersedekah.. bersedekah secara senyap itu amatlah baik hinggakan tangan kiri tidak mengetahui bahawa kita telah bersedekah..terkadang kita terlupa dengan godaan harta sehingga kita dengan bangga dan sombong mengatakan bahawa harta yang kita perolehi itu adalah hasil titik peluh kita tanpa pertolongan dari sesiapa.. jangan terlupa wahai manusia yang sombong, harta itu datangnya dari Allah..nikmat yang diberikan itu adalah dari Allah.. dan apabila harta itu tidak digunakan dengan sebaiknya, di padang mahsyar nanti kita akan dipertanggungjawabkan.. dan ingatlah, makhluk tidak mempunyai daya apapun melainkan Allah jugalah yang sentiasa memelihara hamba-hamba-Nya.. sesetengah orang bertanya, "orang kafir itu tidak menyembah Allah, tapi mereka juga mendapat harta yang banyak"..memang betul, bukankah itu adalah satu bukti bahawa Allah itu maha pengasih dan maha penyayang.. disebabkan sifat sayang Allah kepada hamba-Nya, manusia yang tidak menyembah-Nya juga diberikan nikmat rezeki sepertimana rezeki yang diberikan kepada kaum muslimin..

dan ingatlah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum sehinggalah kaum itu merubah sendiri nasib mereka.. dengan berdoa sahaja tanpa usaha, tidak akan berguna doa itu..rezeki tidak akan datang sendiri dengan hanya berdoa.. berusahalah wahai manusia..dan ingatlah, harta itu akan selalu membuatkan manusia lalai..Allah juga akan memberikan dugaan kepada manusia sesuai dengan kemampuannya, kerana Allah itu maha penyayang..sesuatu musibah yang ditimpakan kepada setiap hamba-Nya mempunyai sebab-sebab yang disaat kita berjaya menempuhi dugaan tersebut dengan sabar dan tawakkal, barulah kita mengetahui kenikmatan daripada musibah ataupun dugaan yang diberikan..harus kita mengingati bahawa Allah bersama-sama orang yang sabar. asalakan kita berikhtiar, insyaAllah.. Allah akan sentiasa bersama-sama kita.. aku tertarik dengan sebuah novel yang diantara karangan karya yang cukup menusuk kalbu..membuat aku merasa naif dan jahil kerana tidak memiliki cinta Allah.. novel yang bertajuk 'tahajud cinta nisa' karya kartini..buku itu dipinjamkan dari seorang kawan.. dan MasyaAllah..novel yang amat bagus untuk membangunkan hati yang tertidur..

disini aku memetik sedikit puisi yang mampu membuat hati berdetak kencang..puisi yang aku ambil dari novel tersebut.. isinya lebih kurang begini..

hikmah senantiasa ada..

apabila kamu melihat segala-galanya daripada-Nya,
yang maha pencipta, yang memberikan ujian.
yang menjadikan sakit,yang membuat keinginan terhalang serta menyusahkan hidup...
apakah Allah mentakdirkannya sia-sia?
bukan Allah tidak tahu retak hatimu, derita hidupmu..
itulah yang Dia ingnkan, kerana Dia tahu..
hati beginilah yang selalu lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya
bukankah hati sering keras dan sangat sukar untuk mengalirkan airmata?
bersyukurlah..
bukan jalanmu tertutup, cuma jalanmu dipayahkan olehNya..
mungkin dengan cara itu kamu akan lebih dekat dengan-Nya..
yakinlah! Allah sentiasa akan memberikan yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya..
bersabarlah wahai hati


kadang-kadang hidup ini terlalu indah sehingga kita mendapat melebihi dari apa yang kita mahukan..tidakkah kita mensyukuri nikmat yang diberikan? dan apabila terkadang sesuatu dugaan diberikan, apa yang kita lakukan? mengeluh? mengatakan Allah itu tidak adil? ingatlah wahai manusia, terkadang kita sangat mencintai harta, kekayaan, wanita, keduniaan dan sebagainya..terkadang kita menyayangi sesuatu itu melebihi segalanya..akan tetapi pernahkah kita terfikir untuk mencintai si Pemberi rasa cinta? tidakkah kita kita pernah untuk menyayangi Allah? yang memberi nikmat rasa cinta, rasa sayang? siapa yang berikan kita perasaan sayang? perasaan cinta? siapa? siapa yang memberikan kita harta, wanita, dunia dan kekayaan? fikir-fikirkanlah..

No comments: