Followers

Friday, August 5, 2011

:::buat bakal isteriku:::

aku selalu mengharapkan 'dia' muncul di dalam mimpiku..wahai bakal isteriku, sekarang aku tidak tahu engkau dimana dan aku juga tidak mengetahui apa yang sedang engkau lakukan sekarang..tapi aku sangat pasti yang engkau pasti berada diluar sana.. wahai bakal isteriku, kita hanya mampu merancang tapi tuhan juga yang menentukan..seandainya telah tertulis di lauh mahfuz bahawa engkau milikku..maka, aku sedia menerima dan menjagamu.. dan kita hanya mampu merancang, akan tetapi rancangan Allah jugalah sebaik-baik rancangan..jika umurku masih lagi panjang, maka aku akan dipertemukan denganmu di dunia.. akan tetapi jika salah satu diantara kita pergi menemuiNya terlebih dahulu.. diakhirat jugalah kita akan bertemu dengan izinNya..


wahai bakal isteriku.. sesungguhnya aku sangat teruja apabila melihat wanita yang tidak memakai tudung dan berpakaian seolah-olah menampakkan susuk tubuhnya.. hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa ghairahnya aku apabila melihat wanita yang sungguh menggiurkan dengan helaian rambut yang berterbangan.. namun, wahai bakal isteriku..aku harap engkau bukan tergolong di dalam golongan wanita yang menghairahkan apabila dikhalayak ramai.. aku tidak rela susuk tubuhmu menjadi santapan lelaki-lelaki gersang sepertiku.. kerana menurutku kaum Adam sangat tersiksa apabila berhadapan dengan wanita-wanita seksi..seksa menahan nafsu serakah, ditambah lagi dengan godaan syaitan..alangkah pedihnya menahan nafsu..aku harap engkau akan selalu menjaga auratmu kerana di dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah S.A.W pernah bersabda, ayatnya lebih kurang begini.."adalah lebih baik sebatang jarum mencucuk kepalamu daripada engkau memperlihatkan sehelai rambutmu dihadapan lelaki yang bukan muhrim..


untuk pengetahuanmu, aku menulis tinta ini ketika puasa memasuki hari yang kelima di bulan ramadhan.. wahai bakal isteriku..aku ini bukan lelaki yang sempurna..tidak ada yang istimewa melainkan biasa-biasa saja..aku juga sedang berusaha meningkatkan amalku dan menjaga solatku..aku harap kau juga menjaga perkara-perkara asas didalam islam...wahai isteriku, jadilah payung ketika aku menharapkan perlindungan..jadilah tongkatku disaat aku hampir terjatuh..dan jadilah jurumudiku disaat aku kehilangan arah.. nsayaAllah, aku juga akan sentiasa menjagamu.. aku mempunyai bahu yang cukup kuat untukmu disaat engkau mengharapkan kasih sayang dan disaat engkau bersedih..menangislah dibahuku..sesungguhnya aku akan sentiasa ada disisimu.. aku juga mempunyai sepasang tangan dan sesusuk tubuh yang mampu menghangatkanmu diwaktu malam.. dan aku juga mempunyai sepasang mata yang mampu untuk memerhatkanmu serta menitiskan air mata jikalau engkau bersedih..

mudah-mudahan keluarga kita tergolong dikalangan keluarga yang sakinah..wahai bakal isteriku, peliharalah auratmu..dan jagalah nafsumu..sesungguhnya perangkap bagi seorang lelaki adalah wanita..aku mungkin tidak akan mampu menahan pujuk rayumu untuk tuntutan dunia..mudah-mudahan engkau mampu menahan tuntutan dunia daripada merosakkan institusi keluarga kita..dan aku juga akan berusaha untuk menjagamu daripada terperangkap dari godaan dunia..


wahai bakal isteriku, aku harap engkau akan selalu mengikhlaskan hatimu apabila menghadapi satu-satu situasi..ikhlaskan sahaja..jika ditimpa musibah, maka ikhlaskan sahaja hatimu..kerana Allah tidak akan memberikan sesuatu ujian jika hambaNya tidak mampu menghadapinya..

wahai bakal isteriku, aku harap engkau mencintaiku kerana engkau mencintai Allah..dan aku harap cintamu padaku tidak melalaikan dikau daripada mengingati sang pencipta..kerana menurutku, mencintai yang memberi cinta itu jauh lebih baik daripada mencintai sesuatu..oleh itu cintailah aku seadanya..

aku rasa sampai disini saja untuk kali ini..salam sayang dariku.. bakal suamimu..

No comments: