Followers

Sunday, January 2, 2011

rintik gerimis..



jangan pernah menyanjung cinta jika xmengerti makna cinta..itu kata melly goeslow.. bingung bila terjadi perang..terasa diri terlalu naif, emosi kawal diri..semua orang mahukan cinta seperti dalam cerita dongeng..puteri raja diselamatkan putera yang kacak..haha

aku kembalikan cinta dan hatimu..ambil la semuanya..jika aku tidak mampu lagi menjadi teman dikala duka,penyejuk diwaktu marah ataupun temani kamu dikala kamu sakit mahupun tertekan..maka ambil semua cinta dan hatimu..aku kembalikan semula kepadamu..mungkin kerana aku tidak mampu lagi menjaga hatimu..jika disimpan nanti hancur, berkecai menjadi kepingan yang mampu membuatmu menghembuskan nafas yang terakhir..aku tidak sehebat sulaiman yang mempunyai mahligai indah dan mampu mengangkat istana balqis..aku juga tidak sekuat yusuf yang mampu menahan godaan zulaikha..dan aku juga tidak setabah ayub yang mampu menahan kesakitan yang luar biasa..hilang harta kekayaan dan juga hilang semua cahaya mata.. aku cuma golongan pemikir yang sentiasa memacu otak untuk fikir itu dan ini..

apa guna bercinta jika cinta itu tidak dirasai lagi..apa guna bercinta jika perginya tidak ditangisi..apa guna bercinta jika tiap hari membenihkan benci..biarkan cinta itu pergi..biarkan dia mati ditelan zaman..biarkan ia luput ditelan hari..

telah kusemai cinta itu..ku tanami daripada benih kasih, kusirami dari air sayang yang mendalam..ku bajai dengan rindu..jika cinta itu masih lagi tidak mekar..maka masalahnya timbul dari tanah yang beracun dan juga fikiran yang sentiasa mencari yang terbaik..pesona cleopatra itu tidak lagi dirasai..tiada lagi aura zulaikha..tiada lagi aroma balqis ataupun tiada lagi kekuatan margareth tatcher..

hebat jika dilihat kepantasan harimau bintang berlari..tapi aku lebih suka berjalan dari berlari..kagum melihat klcc berdiri megah..tapi aku lebih suka berbaring dari berdiri..seronok dengan karnival ataupun pesta keramain..tp aku lebih suka duduk sendirian dari keramaian..

1 comment:

Anonymous said...

suka ngn post ko yg ne..