Followers

Thursday, June 27, 2013

Change for good..

Hey guys..

Today punya cerita belum ada lagi yang terlintas, lagi mikirin apa yang mahu ditaipin..
so I just dropping by, yah..well maybe pretty boring..here in the office, with nothing to do except facebooking, chatting and bla bla bla..

so, now I'm a lecturer. Pengajian Malaysia and Moral education. where? its Asian Tourism International College.

Selalu balik penat, macam biasa la hidup orang makan gaji ni.. tapi sekarang ni ada penambahan.. tiap hari sabtu pegi markas.. bukan markas tentera, Markas tabligh di masjid Menggatal. In Syaa Allah kalau ada daya nanti memang bercadang mau keluar setiap minggu.. kira every friday to sunday I can go out to fiisabilillah.. Aku ni pun bukan pandai betul, tapi kalau setakat bagi ceramah sikit2 tu boleh la. lagipun masih bodoh lagi ba ni. masih banyak benda yang perlu diibelajar. Mintak2 Allah bagi aku kelonggaran untuk aku berjuang di jalanNya.


Well, pasal perubahan ni. Iman kita ni kadang-kadang naik, Kadang-kadang turun. So kalau iman tu naik. perbanyakkanlah ibadat, kalau kurang.. kuatkan la diri untuk solat fardu sekurang-kurangnya. Sebab solat fardu itu wajib. dalam erti kata lain muktamad. solat fardu itu bukan tiket untuk ke syurga. Tapi solat fardu itu adalah tiket unutk mendapatkan keredhaan Allah. ya, Kadang-kadang memang sukar untuk lawan nafsu. memang sukar, tapi ingatlah.. Solat itu jika ditinggal memang binasalah agama. Ingat lagi artikel Islamophobia? yup, kebanyakan non-muslim ini kurang memahami apakah islam dan apakah muslim. hingga beranggapan bahawa islam itu agama yang tidak patut wujud dimuka bumi. Kenapa? sebab mereka beranggapan semua penganut islam ini menganjurkan keganasan. Nah disitulah silapnya. Islam itu indah, tidak perlu di rumitkan.

renunglah wahai yang jahil mengenai islam. selaklah sirah nabi Muhammmad S.A.W. even dalam peperangan pun Islam ada syarat-syarat dan kriteria tertentu yang perlu dipenuhi. tapi itu mungkin kita boleh kupas di entri yang lain. Macam yang aku cakap tadi, Islam itu indah, tapi bukan semua manusia yang bergelar muslim itu benar-benar memahami konsep islam dengan sebenarnya. Tidak semua Muslim bolem mempraktikkan gaya hidup islam dengan sebaiknya. dan bukan semua orang yang sanggup untuk menyelak kembali sejarah zaman kegemilangan islam. Selanjutnya nanti akan aku cerita kehebatan khalid al-walid, Tariq bin Ziyad, Salahuddin Al-ayubi dan sultan Muhammad Al-fateh. bah sampai sini dulu. Assalamualikum.

No comments: