Followers

Wednesday, December 28, 2011

:::Wahai Wanita:::



Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An Nur Ayat 31)

Tengah hari tadi aku buka blog aku yang satu lagi. Dan aku dapat mesej dari someone yang nama Diq dekat shoutmix, dia bagitau yang shoutmix akan expired dalam masa empat hari lagi. Maksudnya start 1.1.2012 nanti shoutmix yang free ni akan ditutup. Shoutmix versi baru plak akan keluar tapi akan dikenakan bayaran untuk penggunaannya. so kepada sesiapa yang nak guna shoutmix lagi, kena bayar lah. macam aku nih, takde sen. kerja pun belum lagi. so aku tukar g cbox, sama sepertimana yang anda lihat sekarang ini. kredit to Diq.


Hmmm..aku nak cerita pasal wanita. Sebelum ni aku ada lampirkan 15 kelebihan wanita. kali ni aku nak lampirkan hadis dari Rasulullah S.A.W bagi memberi peringatan kepada wanita. Bukan hendak menakut-nakutkan atau hendak menunjukkan aku ni baik. kita semua baik, anda dan saya. Tapi berpesan-pesan itu kan baik. lagipun aku nih bukan penceramah, aku ni kaki novel. Kira rajin jugaklah baca berkaitan dengan Islam. Buku terbaru yang aku baca selain dari Hlovate (yang selalu tak menyempat nak habiskan), adalah "like father like son" tulisan semula oleh Mohammad Zaka Al-Farisi. Cerita novel ni memang best. Anda harus membacanya.


Sabda Rasulullah S.A.W: Aku menjenguk ke syurga, aku dapati kebanyakan penghuninya orang-orang fakir miskin. Dan aku menjenguk neraka, aku dapati kebanyakan penghuninya kaum wanita. (HR. Ahmad)

ok enough with that mukaddimah. Betapa mulianya wanita jika dia tahu bagaimana memartabatkan dirinya. Betapa indahnya wanita jika bertudung litup hingga melepasi paras dada. Dan betapa manisnya peribadi wanita jika dia tahu menjaga adabnya.


Akan tetapi alangkah gembiranya lelaki yang penuh dengan nafsu apabila bertemu dengan wanita yang tidak menjaga martabat, alangkah ghairahnya lelaki apabila memandang wanita yang berbaju sendat hingga memperlihatkan bentuk tubuhnya. Alangkah terujanya lelaki miang apabila berhadapan dengan wanita yang tidak tahu menjaga adabnya.


Sabda Rasulullah S.A.W: Tidak aku meninggalkan suatu fitnah yang sesudahku yang lebih bebrbahaya kepada kaum lelaki melainkan godaan wanita. (HR. Bukhari dan Muslim)



Berkepit di tepi pantai, kebanyakan yang ber Bin dan Binti. bukan main lagi, macam ala-ala 'you jump i jump'. Alamak, beraninya mereka melakukan aksi panas di kawasan terbuka. Patutlah, Tidak hairan jika banyak berlaku kes buang bayi. Berpelukan di khalayak ramai pun tidak malu, inikan pula di tempat yang sunyi. Terkadang berasa sakit hati apabila wanita beragama Islam, mengeluarkan ayat yang kurang sopan di laman sosial seperti facebook. Apatah lagi mengeluarkan gambar yang menjolok mata. Aduhai, kaum lelaki selalunya akan cepat berasa ghairah. tak kan nak tegur terang-terang..nanti sah kena cop busy body or perasan alim.. tak pasal-pasal kena mark as spam atau block.



Sabda Rasulullah S.A.W: Janganlah seeorang lelaki berduaan dengan wanita bukan mahramnya kerana yang ketiganya adalah syaitan , dan janganlah perempuan melakukan perjalanan (musafir) kecuali didampingi mahramnya. (HR Muslim)


Tapi serius, wanita sering meng'upload' gambar-gambar yang perasan comel dan perasan cute. wanita juga suka upload gambar-gambar yang menaikkan nafsu (secara sengaja or tidak). Apa sebabnya? aku rasa sebab nak dapat pujian, supaya orang cakap dia cute, supaya orang cakap dia mantap. But hear me say.. lelaki yang memuji bukan teruja dengan kecantikanmu, tetapi teruja dengan bentuk susuk tubuhmu yang menggiurkan. Lagi lentok lagi la lelaki like banyak-banyak. lagi seksi, lagi la lelaki akan komen banyak-banyak. lagi banyak upload gambar, lagi suka lelaki jadi stalker sejati. Dan yang lebih teruk lagi, lelaki akan menggunakan gambar-gambar wanita yang seksi dan menghairahkan untuk dijadikan alat untuk mencuci mata. Takut tak? sudah tentu tiada siapa yang takut. sebabnya, kita mana tahu dosa kita ni dah naik tahap mana kan.


“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah meluhat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971)


Ayat yang selalu kita dengar. "ala perempuan bertudung tuh belum tahu baik". ya memang betul, tapi yang tak bertudung tuh memang sah tak baik!! "ala yang bertudung tuh belum tentu masuk syurga, ya memang betul. tapi yang tak bertudung tuh memang confirm tak cium bau syurga.

Sabda Rasulullah S.A.W: seorang wanita yang memakai minyak wangi lalu melintasi kaum lelaki dengan bbermaksud agar lelaki mencium bau harumnya maka wanita itu adalah pelacur. (HR An-Nasaa'i)


ni untuk kaum lelaki dan wanita..

Sabda Rasulullah S.A.W:

Apabila seorang dari kamu yang tertarik melihat seorang perempuan dan terkesan di dalam hatinya, maka hendaklah kamu menggauli isteri sendiri kerana hal itu akan meredam gejolak dalam diri kamu. (HR Muslim)


Janganlah seorang lelaki bermalam di rumah janda kecuali sudah dinikahinya atau dia mahramnya.(HR. Muslim)

Tiap menjelang pagi hari dua malaikat berseru:'celaka lelaki yang tergoda dengan wanita dan celaka wanita yang tergoda dengan lelaki'


ni aku copy paste dari blog kodet guide.
balasan di akhirat.

1. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.
2. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk. Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)
3. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan membuat dusta.
4. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.
5. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur kepada orang ramai.
6. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.
7) Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk membunuh janin.
8. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.
9. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.
10. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.


so, renung-renungkan dan mari kita sama-sama muhasabah diri..mudah-mudahan ada hikmah disebaliknya.

No comments: