Followers

Sunday, June 5, 2011

:::life is so easy:::



the good, the bad and the weird.. istilah ini selalu di dengar..
"pelik la dia tuh, eh budak tu jahat..or budak tu baik.."

terlalu banyak karakter manusia di muka bumi nih..yah memang terlalu banyak..which path r u? tp dalam banyak2 karakter tuh, anda sendiri yang menentukannya..anda sendiri yang mencorakkannya..kalo difikir secara jelas, hidup ni cukup mudah...sangat mudah, jika anda berfikiran positif..trust me..dan manusia sendiri juga yang memilih samada ingin menjadi the biggest loser or to be the hero..

aku slalu duduk lepak ngan member, biasalah..story itu dan ini. dan aku ni boleh dikatakan pendengar yang setia..aku akan dengar cerita member2 aku tuh dengan sabar walaupun kadang2 ada jugak cerita2 dorg tu yang boleh buat aku meluat..or ada jugak kadang2 diorg bercerita benda2 yang terlalu privacy..yah, something like mengeluarkan aib or whatever...dan seperti biasa, aku akan berikan cadangan or komen..hehe yah i'm a good advisor..and i'll give my advice to help the poor..even im the poorest..

cuma ada satu key yang memisahkan orang-orang yang berjaya dengan orang-orang yang selalu kalah.. "dilema".. yah dilema.. semua orang ada dilema..itu bagi aku la.. tp tak semua orang yang berjaya keluar dari dilema..kadang-kadang orang yang bermasalah ni sebenarnya terlalu memikirkan masalah yang diorg hadapi..terlalu takut or terlalu berfikiran negatif..tidak percaya pada diri dan tidak ada keyakinan.. ingat! kunci utama untuk berjaya dan sukses adalah percaya dan yakin..dalam islam juga kita ada perkataan percaya.. ingat lagi rukun iman? ingat lagi pengertian iman? membenarkan, meyakini dan melakukan dengan anggota.. boleh dikatakan konsep iman didalam islam bersangkut paut dengan keyakinan kita untuk terus hidup..ingat! islam itu indah dan hidup itu mudah..jangan terlalu memikirkan perkara yang remeh temeh..

perkara yang remeh temeh itu menurut aku adalah wanita, harta, cinta, nafsu dan keinginan.. perkara remeh temeh ni lah yang selalunya akan menciptakan dilema dalam diri..fikir pasal gf/bf..fikir pasal harta dan selalu fikir nafsu..nah! semua itu dunia..hehe tp kadang2 aku pun slalu jugak terperangkap dalam dilema, tp lepas fikir benda positif dan menimbang perkara-perkara yang rasional..then problem solve.. so, where's the fire? ingat, syaitan itu selalu menggunakan elemen wanita, kekayaan, harta, keluarga dan nafsu bagi mempengaruhi manusia. sebab tu la kebanyakan sarjana hubungan antarabnagsa melihat sifat semulajadi manusia ini pada zahirnya adalah jahat..its human nature, agak realism sifatnya disitu..memang tidak dinafikan, manusia ini jahat, berfikiran negatif, suka berdebat, tidak pernah puas dan sentiasa inginkan kelebihan, mahu yang terbaik, mahu harta yang banyak..

memang tidak salah untuk memiliki semua yang terbaik didunia ni..dalam islam sendiri menganjurkan umatnya untuk mencari kebaikan, berbuat sebaiknya dan menjadi yang terbaik...tp dalam konteks, sudut or cara mana yang kita digunakan untuk menjadi yang terbaik, itu anda sendiri yang tentukan..ada orang mencari kekayaan dengan jalan yang salah..rasuah hingga sanggup korbankan saudara..akhirnya timbul sikap dengki dan iri hati..tak pernah rasa puas dan suka mencemburui kekayaan atau kehebatan orang lain..dan selalunya sikap iri dan hasad dengki akan menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang bodoh..jumpa bomoh, suruh bomohjatuhkan pesaing kita..adakah itu langkah terbaik? sudah tentu tidak..jika mencemburui kebahagiaan seseorang, itu tidak salah..tapi guna jalan yang betul dan bersaing dengan cara yang betul..bersaing cara sihat gitu loh..

ada jugak manusia yang selalu menyalahkan nasib ataupun suka mengeluh itu dan ini..jika ditimpa musibah atau mengalami hari-hari yang buruk..maka mulalah mengeluarkan ayat seperti, "apa la nasib aku ni, malang sungguh" atau suka membandingkan diri dengan orang lain yang lebih baik nasibnya.. maka mulalah keluar ayat seperti "ko ok la, tak macam aku ni"...hehe

ada satu key untuk berjaya.."belajar bersyukur dan belajar menghargai" itu key terpenting untuk terus hidup dalam aman..mesti syukur dengan apa yang ada dan mesti menghargai apa yang masih ada..sekurang-kurangnya masih boleh makan dengan enak,tinggal berteduh dirumah yang berbumbung..dan sekurang-kurangnya ada keluarga lagi..so,fikirkan yang positif..jangan selalu merenung nasib..kira cukup bertuah kita hidup di bumi malaysia..lihat saja bagaimana kehidupan rakyat palestin, lihat saja bagaimana halnya dengan negara-negara di rantau afrika..tp diorang tahu bersyukur gak,tahu senyum gak..sama macam kita..:)

No comments: