Followers

Wednesday, September 9, 2009

complete..

8/9/2009.. tarikh penting bagi aku..kenapa?? coz hari tu merupakan hari dimana oic group yang diketuai oleh aku sendiri telah mengadakan pameran n public speaking corner di parpustakaan ums.. ya mungkin bagi sesetengah orang mengatakan event ini cuma biasa sahaja..tapi bukan mudah sebenarnya untuk menarik orang ramai datang ke pameran dan public speaking..

juga tidak mudah untuk membuatkan orang bertahan lama melihat acara yang diadakan selama tiga jam..bermula pukul 8a.m aku ngan group lain suda mula membuat persiapan untuk pameran, walaupun sebenarnya aku orang yang terakhir datang..bukan sengaja lambat tapi penat..pameran telah diadakan di foyer libry..dan malangnya pihak libry hanya memberikan sebuah meja sahaja..so kami kena cari alternatif lain untuk memuatkan semua benda untuk pameran..nasib baik adzmar ada bawak kereta..so ndak la jugak susah mau angkut meja..peralatan lain seperti LCD dan juga skrin telah dipinjam dari sss iaitu sekolah aku sendiri..tepat pukul 9a.m semua kelengkapan untuk pameran da siap dipasang..student yang dsatang g libry suda mula datang ke pameran yang kami adakan.. puas hati jugak la, kalo mengikut anggaran aku lebih kurang 400 orang telah datang menjenguk pameran oic..tu pun mgkn lebih dari itu coz laporan belum siap sepenuhnya..

aku memang da pecahkan kumpulan oic kepada dua kumpulan kecil dimana salah satu handle pameran dan satu lagi buat persiapan untuk public speaking di auditorium libry..so aku kena la berulang alik dari foyer ke auditorium..da la bulan puasa, memang penat..keringat ndak payah cakap la..nasib baik semua member memberei komitmen yang tinggi..

tepat pukul 11a.m auditorium da siap tinggal tunggu masa untuk acara dimulakan..puan marja tiba pukul 11.45 di foyer dan menjenguk pameran kami..boleh tahan..hehe setiap sudut dia tanya dari pengisian pameran hinggalah slide show yang kami tayangkan..aku sebagai ketua sakit kepala jugak terangkan dari A to Z..nasib baik dia puas hati..
2p.m kaunter pameran ditutup dan acara public speaking bermula..selain puan marja, ada jugak barisan mpp yang menghadiri public speaking kami..

seperti biasa acara bermula dengan lagu negaraku dan lagu ums.. lepas tu ucapan kata2 aluan dari aku sendiri..rasa nerv jugak coz aku memang xbiasa naik berucap, apa lagi di depan orang ramai mgkn dalam 150 orang..nasib baik teks ucapan setiausaha da sediakan..hehe selesai ucapan acara pun bermula..satu demi satu peserta telah naik membuat ucapan public..orang pun makin ramai yang masuk..

puas hati jugak la coz public speaking kitorg dapat sambutan..x sia2 kempen kiri kanan kami..siap naik banner,tampal poster,buat pengumuman di dkp dan jugak buat pengumuman di libry..dalam pukul 3p.m auditorium hampir penuh..selain public speaking banyak juga acara lain yang diadakan seperti catwalk, persembahan nyanyian, cabutan bertuah,mr n miss stylo dan juga persembahan istimewa m.j ums..hehe..

bajet untuk pameran n public speaking makan kos mgkn dalam rm650..aku xbrapa tau lagi coz laporan dari semua bahagian belum siap sepenuhnya..acara kitorg habis tepat pukul 5p.m..sebelum acara berakhir puan marja telah memberikan kata2 aluan dan juga telah merasmikan majlis penutupan seterusnya memberikan komen..beliau juga telah mebuka komen kepada pengunjung yang datang..panas jugak telinga dengar komen dari senior..tapi yang aku suka dengar bila puan marja cakap tahniah..hehe

so aku mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir dan yang telah menjadi peserta public speaking..dan terima kasih juga kepada ahli oic yang lain yang telah bekerja keras menjayakan pameran n public speaking ni.. domo arigato gozimas..

No comments: