Followers
Wednesday, June 1, 2011
:::bounty hunter vs mr.cool:::
seram, lebih-lebih lagi bila terpandang muka-muka pengganas. dan lebih menyedihkan lagi jika si muka pengganas itu adalah yang ber bin or binti.. dalam dunia ni ada banyak ragam manusia..ada yang baik, yang buat-buat baik,yang jahat, yang buat-buat jahat..atau yang memang betul-betul ganas..kadang-kadang tu ada jugak yang bila pandang ja terus rasa seram..
tapi lagi menyampah yang berlagak gangster,tgk org macam nak telan. or ada jugak yang suka cari gaduh. yang jadi mangsa selalunya orang yang naif or orang yang tak suka buat hal..so dimanakah anda berada sekarang ini? anda dari golongan yang mana satu..tak kira perempuan ataupun lelaki, rasanya semua pun sama jugak.. walaupun perempuan ni pada zahirnya lemah, tapi mulut pun boleh tahan jugak lasernya..ada jugak kadang-kadang perempuan ni gaduh sampai tarik rambut, tak kurang jugak yang angkat skirt..siap bagi penendang maut gitu..haha
sekali lagi aku tanya..dimanakah anda berada sekarang? hmm....
bagi aku..jadi jahat itu baik..jadi baik itu lagi baik..oh silap..jangan jadi jahat..jadi la orang yang baik..betul kan?lagipun kalau stakat ganas-ganas taik ayam, baik berubah jadi baik..betul kan?hehe
pernah kah anda berasa sangat takut bila terpandang seseorang yang perwatakannya jahat? mesti pernah kan? so apa yang anda buat? lari? apa yang anda rasa? takut?, seram sejuk? nak terkencing? mesti anda rasa macam tu kan..
ok..skrg nak tanya lagi..apa yang anda rasa bila terpandang or berhadapan dengan seorang yang berkarisma, berilmu or alim?... segan? takut? rasa bulu roma naik? ataupun malu? mesti rasa begitu bukan? so apa yang membezakan antara orang jahat dengan orang alim @ berilmu? aku pasti bahawa kedua-duanya juga manusia..sama seperti kita..tapi yang membezakan mereka adalah perwatakan dan karier mereka..ok disini aku telah membuat sedikit kesimpulan..dan sedikit hint untuk kedua-dua golongan nih..
kita berasa takut kepada orang jahat kerana kita takut akan menjadi mangsa..mana lah tau kot-kot orang jahat tu tetibe nak membunuh ke, rogol or macam-macam lagi lah..saat tuh kita mesti ingat Allah..betul tak? "Ya Allah lindungilah aku dari manusia nih"..lebih kurang macam tu lah ayat doa yang mungkin kita tuturkan disaat bertemu dengan manusia yang jahat..
then bila kita jumpa ngan orang yang berilmu@ alim..kita akan segan..takut nak berhadapan ngan orang tuh,mungkin jugak rasa segan..mungkin ada jugak ayat meminta pertolongan pada Allah agar kita dapat menyesuaikan diri dengan orang yang berilmu or alim tuh..
so choose the right path..
dari Aisyah r.a..beliau pernah mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "wahai Aisyah, sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah S.W.T adalah orang yang amat ditakuti oleh orang lain akibat daripada kejahatannya"..
dan ketahuilah orang yang berilmu dan beramal soleh itu selalunya akan ditakuti oleh orang lain..tak kira kawan mahupun lawan..itulah keistimewaan orang yang berilmu..tak kira sehebat manapun seseorang itu, besar manapun kekuasaannya..dia pasti tumbang ditangan orang yang soleh..kerana sesungguhnya orang-orang yang soleh itu akan sentiasa dilindungi Allah..
dimasa zaman Nabi Muhammad.. Abu Jahal telah merampas harta seorang penduduk makkah..lalu penduduk tersebut telah datang mengadukan perkara tersebut kepada Rasulullah..lalu Rasulullah telah datang kepada Abu Jahal dan meminta barang tersebut..alangkah ajaibnya..Abu Jahal terus memberikan harta tersebut tanpa menentang sedikitpun.. ketika Rasulullah beredar..sahabat Abu Jahal telah datang dan bertanyakan perkara tersebut..
"wahai Abu Jahal, mengapa engkau memberikan barang tersebut kepada Muhammad? bukankah kau amat membenci pemimpin islam itu?"
"sesungguhnya aku berasa amat takut..bagaimana tidak,ketika Muhammad datang kepadaku..aku lihat ada dua ekor singa yang sedang mengapit beliau..baru sahaja aku ingin membuka mulut, singa-singa tersebut seolah-olah ingin menerkamku..lalu aku tidak dapat berbuat apa-apa melainkan memberikan semua harta itu"..
bagaimana pula dengan kes Rabiatul Adawiyah? ingat lagi tak? disaat perompak masuk kerumahnya..perompak-perompak yang mahu melarikan harta dirumah Rabiatul Adawiyah tidak dapat mencari jalan keluar dari rumah wanita tersebut..lalu Rabiatul Adawiyah berkata.."tinggalkan barang-barang itu..nescaya kamu akan menemui jalan keluar"..
so..siapa yang lebih hebat?hehe.. you choose..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment