Followers
Friday, March 25, 2011
:::not feeling well:::
pottassium cyanide,pottasium bromide,capsicum annum..:(
rasa lemas..dari td asyik bersin..rasa terseksa luar dalam..ni la sebabnya kalau imbangan tekanan xmenentu..kejap naik,kejap turun..kejap lg tiba2 rasa mcm baru kena renjatan elektrik..td lewat bgn lg..nasib baik sempat g solat jumaat..tanda2 demam memang da ada..maybe dlm bilik ni byk sangat habuk kot..rasa baru mcm terhidu anticoagulant rodenticides..ngee..
mgkn jgk sebab mkn byk sangat kot..skrg ni btl2 rasa trperangkap dengan teori konspirasi..kebenaran,ingin tahu..semua bercelaru..mgkn sebab ni jugak yg buat imbangan dlm badan aku xmenentu..teori konspirsi btl2 buat putaran paradigma aku brgerak 365 darjah..sampai,fikiran aku bertentangan dengan pendapat ahli akademik..tp matlamat aku cuma satu..cari kebenaran..jika tidak tahu..cari kebenaran sebelum pemikiran tu merosakkan diri sendiri dan juga orang lain..jd dengan siapa aku harus adukan?dengan siapa benda ni ingin di debatkan..
1st, madam.d..tp lepas buat percaturan n perkiraan..dan kalau ikutkan dari corak sudut paradigmanya..madam.d bukan orgnya wlpn dia tu supervisor aku..then prof.madya dr.md noor..aku rasa dia la org yang paling tepat bagi membincangkan isu ni..so aku g la jmpa..unfortunately,lepas aku ngan dia berdebat beberapa ketika..aku dapat rasakan yang dia belum mampu memberi jawapan yang tepat dan juga belum mampu timbulkan kebenaran..so aku stop soal dia..aku tau,kalau aku terus soal..aku xkan dpt apa yg aku mau..so aku skip soalan..then aku bgrak g jmpa pensyarah yg memang pakar pasal middle east,tp aku xpasti dia ni tau jawab dr perspektif islam or tidak..even prof.md noor pun da kalah dan larang guna al-quran..alasan,tidak bersifat akademik..ha? tidak bersifat akademik??
ketuk bilik prof.madya dr.Asmady idris..my great mentor..
"yah darwis,long time no see..have a seat,but please dont smoke in university area..its forbidden..if u wanna smoke,wait til u go outside the area"
"yes sir..and im sorry"..hehe caught in the act again..ingat lg masa tu aku baru nak bakar rokok..pottasium bromide punya lecturer..xpasal2 aku kena glucose..
"so where r we now"..
"uh..actually saya dtng nak tanya pasal tesis saya.."
"go on"..smbil merenung aku atas bawah..sekali lagi caught in the act..jeans aku koyak di bahagian lutut..dan mentor merangkap ex-dekan aku ni memang straight..fuh mamposs..
"i have one simple questions..kenapa amerika syarikat sampai sekarang belum menyerang iran?? jika dilihat dari konsep keselamatan antarabangsa,iran secara terang membangunkan teknologi nuklear sejak zaman shah pahlevi,bukan itu sahaja,statement israel must be wiped from world map,holocaust,dan juga lemparan kata2 great satan sudah cukup bukti yang membolehkan amerika syarikat menyerang iran..sedangkan amerika syarikat menyerang iraq dulu tanpa bahan bukti yang menyatakan saddam membangunkan nuklear.."..masih belum ke point utama..tp soalan ni sudah ckp bg gambaran samada dr.asmady mampu menjawab soalan or tidak..
then dengan senyuman.."pertama, lihat dulu struktur ketenteraan iran,kedua lihat faktor sistemik,ketiga..lihat berapa besar impak iran kepada u.s..keempat,lihat bagaimana pentadbiran obama menyelesaikan ketegangan iran-u.s..adakah sama dengan era bush or tidak"lepas tu dia terangkan secara detail dengan bukti yg kukuh dari perspektif ilmu hubungan antarabangsa..
aku ckp yakin..next questions pasti akan perangkap statement dr.asmady td.,.
"apa pendapat dr. tentang pengaruh syiah di iran??amerika syarikat menyerang iraq disebabkan saddam itu sunni,dan apa yg berlaku skrg,selepas pilihan raya..amerika syarikat cuba menaikkan pengaruh syiah di bumi iraq..yang saya kira satu peraturan yang silap dari pentadbiran amerika syarikat..kerana kemungkinan besar golongan syiah di iraq akan bangun menyokong republik islam iran yang rata-ratanya penganut syiah..saya terbaca statement rafsanjani dengan mengatakan-jika iran tidak bersama-sama membantu amerika syarikat menentang rejim taliban,maka amerika syarikat sudah pasti tumbang di bumi afghanistan..dan mengikut sejarah,tidak ada satu pun peperangan di antara parsi dengan orang yahudi mahupun kristian.."
aku da tgk perubahan riak wajah dr.asmady..mcm baru minum sebotol capsicum annum..tp msh mampu tersenyum.."kamu dpt dr mana sumber tu? penulis?berita or buku?"
"buku dan berita"
"ok 1st,perhatikan apa sebenarnya perbezaan syiah dengan sunni..perhatikan kronologi kemunculan syiah..adakah sunni berhak mengkafirkan mazhab lain?sudah tentu tidak..syiah ini sama saja dengan sunni..masih sembah tuhan yang sama..masih membaca al-quran..cuma mereka tidak iktiraf abu bakar sebagai khalifah..dan agungkan saidina ali..yang kedua,lihat samada terdapat kepentingan iran di afghanistan atau tidak..bla..bla..n bla.."
"saya tahu kamu pasti menganggap syaih itu merbahaya bagi sunni..kamu terlalu condong kepada perspektif barat yang mengatakan islam sudah terpecah kepada dua..tp perlu diketahui, perang iraq-iran bukan disebabkan mazhab..tp disebabkan minyak.."
aku da semakin keliru,tp da sedikit lega..at least aku da tau apa sebenarnya yang berlaku..dan aku tau sekurang-kurangnya syiah itu tidaklah trlalu merbahaya bagi sunni..dan satu perkara yang aku rasa betul2 lega..syiah itu tidak terpesong membelakangkan islam dan sunni..ckp lega utk itu..thank god..
then dr.asmady sarankan aku utk jmpa ustaz abu hurairah di USIA,sembulan..
"ko g la jmpa ustaz tu..formal sket,buat surat..pakaian tu pun kena formal..nyatakan sebab anda jmpa..dia mungkin ada penyelesaian kekusutan fikiran kamu..jgn lupa baca buku agama yg tipis-tipis utk dapatkan lebih keyakinan mengenai mazhab syiah ngan sunni..pegi jmpa ustaz tu..mintak responnya..saya pun nak dengar jugak apa respon dari ustaz tu..lepas jmpa dia,kamu datang balik jmpa saya..ok??" aku angguk faham..so misi terakhir aku,g jmpa ustaz tu..so aku kena cari cara camana nak g sana..sebelum aku jd separuh gila..baik aku cari kebenaran secepat mungkin..huhu.. mcm rasa nak telan pottasium cyanide..or minum capsicum annum..
thats all..rasanya aku da sedia utk buat thesis..REPUBLIK ISLAM IRAN ERA MAHMOUD AHMADINEJAD DAN KESANNYA KEPADA AMERIKA SYARIKAT..
teori konspirasi??ketepikan dulu..sebelum aku benar-benar jd orang gila.....titik..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment