Followers

Thursday, December 23, 2010

MaDu Atau RaCuN..

Learn to be a good son, Good husband and good mate..
I love my family..ayat yg mungkin semua orang akan katakan bila berbicara tentang keluarga mereka..ya memang benar..semua orang akan berkata begitu. Tapi adakah kita sebagai seorang anak benar-benar memahami erti sebenar daripada ayat itu?? Mungkin tidak, mungkin hanya di bibir ataupun mungkin kita hanya menyebut kata tersebut tanpa menyelami erti sebenar ayat ‘aku menyayangi keluargaku’.. buka sedikit minda yang tertutup itu..bangunlah dari tidur ataupun lena yang mungkin kita terlupa bahawa waktu sudah hampir senja dan tirai malam sudah hampir menjelma. Cuma ada satu kata untuk menerangkan ataupun menjelaskan bagaimana untuk kita benar2 menyelami ayat di atas. Syukur.
Bersyukurlah dengan apa yang ada. Kadang2 hidup ni x selalu indah dan kadang2 dugaan itu akan datang..tapi percayalah bahawa tuhan itu maha penyayang. Tuhan tidak akan pernah memberikan kita ujian yang tidak mungkin kita mampu untuk tempuhi. Sudah lumrah hidup manusia yang tidak pernah berasa puas atau tidak pernah berasa cukup. Di sana seorang anak merintih dan membentak dengan kasar kepada ibunya kerana tidak mendapat apa yang diingini. Di sana juga seorang anak mengeluh kerana keluarganya tidak mampu memberikan yang terbaik untuknya. Apa lagi yang kamu mahukan???? Tidakkah kamu berasa syukur diberikan ahli keluarga yang lengkap?? Tidakkah kamu mengetahui bahawa kamu telah diberikan tuhan anugerah yang terindah yang pernah kamu miliki??? Tidakkah kamu mengetahui bahawa ayah dan ibu kamu telah berbuat sehabis baik demi memastikan kamu hidup dalam keadaan yang baik?? Di mana sifat kemanusiaan yang telah diberikan tuhan??
Di sana aku melihat seorang anak terbiar dalam keadaan yang lapar kehulu kehilir, dengan berkaki ayam sambil menghulurkan tangan meminta secebis harapan agar ada tangan2 yang akan memberinya sesuap nasi. Di sana aku melihat seorang bapa yang hampir gila akibat keruntuhan rumah tangga yang tidak mampu dielakkan. Di sana juga aku melihat seorang anak terbiar tanpa belaian dari orang yang tersenyum ketika dia baru sahaja keluar dari rahim. Perceraian telah menghancurkan segala-galanya, tidak tahu hendak ke mana. Menyewa dibilik yang boleh dianggap sebagai stor..dia ini cerdik, mampu belajar disekolah yang pelajar biasa tidak mampu untuk belajar di situ. Aku tahu dia cukup tabah tapi tidak cukup berkebolehan untuk terus bertahan di dunia yang semakin meninggalkan nilai2 kemanusiaan. Aku Cuma mampu melihat dan bersimpati sambil membisikkan kata azimat yang mungkin Cuma mampu membakar semangatnya untuk terus bertahan buat seketika. Timbul keresahan dan keinginan untuk membantu..tapi siapakah aku??
Sungguh murka dengan orang jalang itu. Dialah puncanya,dialah pencetus kepada huru-hara ini. Dialah permulaan kepada keruntuhan institusi itu. Aku telah melihat bagaimana seorang yang bernama hawa boleh terpisah dengan seorang yang bernama adam akibat godaan syaitan. Aku juga telah melihat bagaimana seorang balqis telah terpisah daripada seorang sulaiman akibat pujuk rayu jin agar sulaiman mencabut cincinnya. Kemudian sulaiman dilempar jauh kepadang pasir. Aku juga pernah melihat bagaimana pujukan syaitan itu mampu melembutkan hati zulaikha agar menggoda yusuf dan telah pernah menyaksikan siti rahmah meninggalkan ayub akibat penyakit kusta yang dideritainya.
Aku juga pernah dikejutkan apabila terlihat seorang isteri yang sangat setia melayani suaminya walaupun sang suami tersebut sudah ternyata gila. Sabar mencari nafkah tanpa memikirkan tohmahan dari orang lain. Tanpa memikirkan bahawa orang yang diharpkan untuk memberi perlindungan sudah tidak mampu untuk menyalakan api dapur. Dan aku juga sangat terharu apabila seorang suami sanggup menerima semula isterinya yang telah ternyata curang kepadanya, telah lari meninggalkannya bersama dengan seorang lelaki lain akibat daripada perbuatan santau yang telah dilakukan oleh lelaki tersebut. “dia tidak pernah berbuat salah kepadaku dan aku juga tidak pernah berbalah dengannya, tiada sebab untuk aku tidak menerimanya semula”.
Aku masih teringat ayat yang pernah diungkap abg aku..”belajar bersyukur, belajar menghargai dan belajar berterima kasih. Kebahagiaan itu akan kamu kecapi.” Bapak aku ada cakap “bersabar”. Walaupun ada kekurangan, tapi aku amat selesa dan sangat bersyukur. Dapat abg yang sangat baik dan selalu memberikan yang terbaik. Dapat kakak yang walaupun kadang2 memeningkan tapi selalu mengambil berat. Dapat adik yang selalu mengikut arahan. Dan dapat bonda dan ayahanda yang selalu menasihati walaupun aku yang naif ini selalu tidak mahu mengerti. Aku?? Apa yang aku sumbangkan?? Mungkin tiada tp sekurang2nya aku bersyukur dan menghargai apa yang aku miliki. Anugerah yang terindah yang aku miliki adalah keluarga. Aku tahu, cubit paha kanan, paha kiri mestilah xsakit. But don’t mess with my family. If u do that fucking shit thing. I will destroy u..hehe
Akhir sekali, majulah Malaysia untuk rosmah.....Dan khairi!!!!!
I would searching..u are on a mission..
When our heart combine like neutron star collision..
I have nothing left to lose..
U take your time to choose..
Then we told each other with no trace of fear..

No comments: