Followers

Monday, September 25, 2017

HELLO

GUESs WHAT? aku baca pos-pos aku balik, yamahai gelak sendiri aku.hahaha

Lucu jugak ni. maksudnya zaman sudah beredar dan mungkin semakin matang. so few years back post make me feel so lame. oh my god, did i really write that? do i? haha

so here i am again. took me 15 minutes to remember my email and password. well, lot of things change recently. i got married, got a handsome son now. and i work a fine job now, which i like the most especially when I'm busy. but not when I'm free.

so it's 2017 and i am 30 now. i hope i will get back soon. bye

Wednesday, August 19, 2015

Anyone there?

It's been a long time. again..

lebih setahun menghilang. kini aku kembali dengan umur yang semakin bertambah. Dengan langkah yang semakin jauh. yup. 27 tahun. Sudah cukup untuk aku mengenal erti dewasa. I'm an epic, I'm an alphamale. Setakat itu sahaja yang aku tahu. Mereka semakin mengenali diriku. Ada yang takut, ada yang geram, ada yang cuba lari, ada yang memandang sinis. Yup. biarkan mereka menghakimi. Ini adalah negara bebas. Tidak ada yang boleh menghalangimu dari mengeluarkan apa saja pandangan.


Bulan baru buatku. Cabaran baru, tempat baru, persekitaran kerja yang baru. Kepada pihak lawan, sesungguhnya aku mengagumimu kerana sudai memberi cabaran kepadaku. Ya. cabaran ini baru sahaja bermula dan putaran lagu epic itu baru menghabiskan minit yang pertama. Aku harap engkau tidak terlalu bangga bila engkau menang dan tidak terlalu bersedih jika tumpas. Satu hal yang perlu kau tahu, aku bukan monster. but i can be one if i want to. Coz I've been trained like that llong time ago. pick your enemy, choose your fight. There's no give up words on your life dictionary. Victory is a must.

Beware, don't play with the lions tail. wage war against me if you want the taste of misery. May Allah be with us all.

Wednesday, June 11, 2014

Irama Versailles itu berdendang kembali

It's been a long time.


Time boring ni baru lah terfikir nak update blog. Selalu singgah kejap je belek-belek (bukan da yang berubah pun sama je).
Pengertian bosan kali ini lebih kepada 'bosan' yang menyeluruh. Sebab dah seminggu aku duduk rumah sorang-sorang. Dan dalam tempoh seminggu itu penyakit malas nak keluar dan bersosial itu semakin tinggi. ngehehe...


Semua chanel tv dibuka, sekejap chanel sports, kartun, indopak, chanel discovery. Bosan yang teramat. Ada yang kata normal is boring. Tapi bagi aku 'boring is normal'. Sudah terbiasa, sampai nak bercakap dengan member atau buah hati sendiri pun terasa kekok. yup.. last saturday we agreed to hangout but we not yet plan what we want to do. So sebab aku tak masak, then aku rasa lapar. So singgah la kedai fastfood. lame, yes. I don't know whether dia yang terlalu banyak bertanya atau aku yang memang banyak berkhayal. so dalam setengah jam lepas tu kitorang terus balik. Aku hantar dia balik rumah. Dalam perjalanan she asks, "what the hell is wrong with you? am I doing something which offense you? I tried to talk, ask you this and that and you just showed your lamed faced with no interest". Masa dia tanya aku benda tu aku cuma diam, aku rasa otak aku kosong dan aku rasa tak minat nak jawab soalan dia.


Sampai rumah dia aku singgah kejap sebab memang dah seminggu lebih tak jumpa mak dan bapak dia. Tak lama jugak sebab aku tak zuhur lagi, so I make my excused.



Melodi Versailles berdendang kembali, terngiang-ngiang di telinga lolongan suara kamijo, bunyi gitar hizaki dan teru, hentakan drum yuki. Lagu the gazette- pledge bermain kembali di fikiran. Sesungguhnya aku rindu dendangan cassiss. Akhirnya peneman lagu setiap malam diakhiri dengan Enyaa-now we are free violin version. Di rumah sebesar ini, pergerakan memang tidak terbatas. Disebabkan terlalu selesa membuatkan aku berasa takut untuk membuka pintu hadapan walaupun sekejap. Bukan takut kerana ancaman ataupun gertakan makhluk yang tidak kelihatan. aku takut dengan melangkah ke dunia luar dan juga takut dengan diri sendiri. the point is, am I ready?



Yang pasti irama versailles itu berdendang kembali, dan dunia fantasi semakin menjadi teman rapatku. Akhirnya tembok penghalang antara aku dan sosial semakin menebal. Biarkan tembok itu, biarkan. Kerana cuma aku yang mampu membinanya dan juga cuma aku yang mampu memusnahkannya.

Sunday, March 23, 2014

:::Apa harus putus dulu:::

ku sampaikan kata pengantarku.....

lelaki selalunya kalau dah sayang memang sayang habis. I don't know maybe hati ini terlalu jiwang yang dah berkarat. Tiba-tiba rasa sakit hati. Ibarat little boy yang jatuh di Hiroshma. Memang mahu dibiarkan saja tapi hati ini sudah berteriak. Jika hutan itu ada, sudah pasti aku berlari ke hutan. Jika pantai itu wujud, sudah pasti aku belok ke pantai.

Jangan bertahan jika hati sudah merintih kesakitan. Kerana Allah itu ada. Aku wujud dihatimu pun memang telah aku niatkan untuk cinta kerana Allah. Apa perlu aku beristikharah sedang dia belum lagi pasti menjadi milikku? aku tahu Allah telah mendengar doaku dan telah tahu niat sebenarku. Mungkin disebabkan dosaku yang meliputi langit dan bumi yang menyebabkan doaku tidak diangkat dan hijab tidak dibuka untuk doaku bertemu Allah.

Lelaki sejati ini telah mengorbankan gejolak rasa yang menghimpit selama berbulan-bulan agar menerimamu dengan ikhlas. Kerana peribadi ini dengan tegas mengatakan engkau harus dilindungi agar tidak lagi tertipu dengan mulut arjuna yang selalu cerdik mematahkan srikandi islam yang naif sepertimu. Jiwa ini telah utuh untuk mempertahankanmu sehingga menolak ego dan juga naluri lelaki yang sentiasa mahukan wanita sempurna. Apa itu tidak cukup bagimu?

Ada yang mengatakan bahawa lelaki itu akan teruji jika dia memiliki segalanya. Aku dengan keras menolak dakwaan itu. Bagaimana pula dengan wanita yang memiliki segalanya? atau aku yang telah menjadi naif akibat buta dengan cintamu?

Kata pengantar telah ku sampaikan. Keputusanmu ditunggu. Dan apa saja yang kau ungkap akan ku anggap sebagai muktamad. Sebagai lelaki yang akan menjadi ketua keluarga suatu masa nanti, pendirian mesti tetap tiada lagi ungkapan rayuan. tiada lagi pandang ke belakang. Bukan mahu membangga, siapa sahaja yang mengenaliku pasti tahu siapa aku. Pandangan aku tidak pernah lekat kepada mana-mana perempuan. pasti aku larikan setiap kali bertembung, kerana aura pada mata. kerana aku takut perempuan akan terkesima. kerana aku tahu adanya kamu sebagai sebab kukuh untuk menidakkan minat perempuan lain kepadaku. dan itu akan terus aku lakukan sehingga aku menemui seseorang yang layak untukku. Mungkin agak janggal jika aku mengatakan bahawa beberapa wanita sebelummu datang menemuiku demi cinta. Dan aku tidak menolak. Dan bagimu pula, aku yang memilihmu untuk menjadi pasanganku. ternyata pilihanku yang kusangka mampu membina keluarga sakinah itu adalah jauh lebih buruk dari wanita-wanita yang datang memilihku.


sampai sini sahaja warkah ini kerana sakit itu masih kurasa..

Saturday, January 11, 2014

Redline

It was you call me and told me
Help me out and shine up my life
It was u call me again tell I am without

It was you call me and told me
Blur up my eyes and left me alone
It was you told me the lies I always spoke

Suddenly i felt like want to write something. So I started the title randomly.

Terlalu banyak isu yang berlaku samada di dalam atau luar negara. dan terlalu banyak isu di dalam negara yang jika dilihat membawa aib dan huru hara kepada malaysia. Bertitik tolak dari proses pilihan raya sehinggalah isu kenaikan harga minyak dan beberapa harga barangan lain seterusnya kepada isu kalimah Allah.

lihatlah betapa pincangnya pentadbiran negara ini. lihatlah bagaimana perkembangan cara berkomunikasi pada masa ini telah membuatkan setiap orang di setiap ceruk mampu mengeluarkan pendapat dengan mudah. dan lihatlah bagaimana pantasnya sesuatu berita itu samada sahih ataupun palsu mampu mempengaruhi minda yang memang selama ini telah negatif.

Bagaimana pula dengan keruntuhan akhlak dikalangan masyarakat? tidak kurang hebatnya, fenomena fesyen juga telah berjaya meracuni minda anak-anak muda islam.

Teringat ceramah dari seorang sheikh.

"sesungguhnya islam berada di dalam keadaan koma, jika tidur seseorang itu mampu bangkit dari tidur selepas tidur sekurang-kurangnya 8 jam. tetapi islam sudah koma sejak beberapa ratus tahun dahulu. tiada lagi abu bakar, tiada lagi umar, tiada lagi usman dan tiada lagi ali. Darah pejuang sudah lama hilang di kalangan umat islam, tiada lagi khalid, tiada lagi salahuddin, tiada lagi Tareeq Ziyad dan tiada lagi Sultan Muhammad al-fateh. Sesungguhnya Allah telah menurunkan ujianNya di Iraq, Afghanistan, Palestin, Syria, Mesir dan Libya. Adakah anda berfikir bahawa tentera kafir mampu mengalahkan kita? TIDAK!!! sesungguhnya tentera kafir tidak akan pernah mampu mengalahkan kita kerana Allah tidak bersama mereka. Tetapi adakah kita bersama Allah? Ya, Allah bersama kita, tetapi setiap kali Allah menghampiri kita, kita yang menolak Allah. kita lupa untuk mengingati Allah. seringkali kita memohon agar tentera kafir itu dimusnahkan tetapi adakah kita bersatu padu untuk menentang mereka? TIDAK!! bagaimanakah keadaan ummah pada hari ini? adakah kita kurang daripada mereka? tidak!! bahkan jumlah kita lebih ramai dari mereka. kita menghina dan mencaci serta menyelar kaum kafir kerana telah membuat pembantaian di sabra shatila, kita mengutuk kekejaman amerika di iraq, afghanistan dan juga beberapa negara islam yang lain. soalan saya, apa yang kamu harapakan daripada musuh-musuh kamu? what do you expect from your enemies? adakah kita mengharapkan agar negara kafir melayan kita dengan baik sepertimana pejuang-pejuang islam melayan wilayah tawanan dengan baik? TIDAK!! kerana mereka bukan kita, tiada cahaya islam pada mereka. saudara-saudaraku yang dimuliakan Allah, sesungguhnya kaum kafir berani menentang kita kerana mereka tahu kita berada di dalam koma, mereka tahu bahawa mereka mampu mengalahkan kita kerana tiada kesatuan dikalangan umat islam pada hari ini. oleh itu buatlah sesuatu agar anda bisa bangkit dari keadaan koma."

Monday, November 4, 2013

Awal Muharram.

Assalamualaikum..

Esok adalah awal muharram. ya semua orang muslim mengetahui apakah ertinya awal muharram. Jika ada sesiapa sahaja yang mengaku muslim ataupun mengaku menganuti agama islam iaitu secara rasminya mengakui bahawa Tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh Allah dan sekaligus menjadi umat Nabi SAW yang tidak mengetahui apakah itu awal muharram, maka orang yang mengaku sebagai orang islam itu adalah sebenarnya buka orang islam. maksudnya dia bukan seorang muslim. why? how come he claimed that he or she was a muslim but didnt even know what awal muharram is. Am i correct?

sampai sini saja dulu. actually my lappy was broken. so i borrowed my brothers. suda ada bahan untuk laptop yang suda ditaip di laptop tapi sayang suda rosak..

Wednesday, August 28, 2013

-me myself against the world-

Dengan Allah juga tempat aku mengadu...

Wahai hati, bersabarlah kerana pada waktu ini tiada siapa yang memahamimu..
wahai hati, tenangkanlah gejolak perasaan, kerana pada saat ini tiada siapa yang mahu mendendangkan lagu untukmu disaat engkau berduka.
wahai hati, sesungguhnya ujian yang tidak seberapa ini telah tiba dan disaat inilah engkau harus berdiri tanpa menunggu seseorang untuk menyelamatkanmu..
wahai hati, senyum lah.. nyanyikan gurindam yang mampu mengubah perasaan duka menjadi gembira.


disaat terhimpit ini tiada siapa yang akan memahami. bukan kerana tiada siapa yang mampu membantu. tapi diri ini sudah terbiasa melakukan sebarang masalah secara sendiri. adakah wajar untuk memohon bantuan jika bantuan yang tiba hanya untuk menyakitkan si pembantu dan akan menyebabkan diri menjadi lebih bermasalah? tidak sama sekali. lebih baik masalah itu diselesaikan sendiri daripada menunggu seseorang untuk disakiti hatinya.


sesungguhnya hati ini tersangat sakit, bukan mahu mengadu tapi hati ini sudah tidak tertahan. terpaksa diluah agar tidak meracuni minda. kesalahan yang dibuat sebenarnya bukan untuk menyakiti sesiapa ataupun bukan sengaja untuk menyakiti hati sendiri. tapi jika memang benda itu telah ditakdirkan terjadi. maka tiada siapa yang mampu menghalangnya. sebarlah hati, percayalah bahawa hari esok masih ada. dan ingatlah Allah itu tidak tidur, tidak buta dan sentiasa memerhati setiap hambaNya.. bersabarlah wahai hati..

Wednesday, July 24, 2013

Burning Outside

Assalamualikum..

alhamdulillah, praise to Allah to give me one more day to live..

I think I have a symptom which make me feel burning outside.. and i fell so thirsty inside.. I really dont know what is wrong whit me.. But it feels burn outside, my skin is so hot and like someone put fire on me..

since i lived in University apartment which my room facing the sun in the evening, so when the night comes, my room will become so hot.. in addition my body can received all the heat and i get so thirsty, my body will burning from inside and outside.. i don't know why.. and right now, even in the workplace with air condition is on 18 degree's, i still feel hot from outside.. i mean what is wrong with me..

Sunday, July 21, 2013

-3 hari untuk permulaan-

Alhamdulillah, aku bersyukur.. hari ini aku masih lagi bernafas. Allah masih lagi memberi peluang kepadaku untuk menghirup udara dimana nantinya menentukan samada aku ke syurga atau ke neraka. Alhamdulillah, tidak kira betapa payahnya perjalanan di muka bumi ini, Allah masih tidak lupa untuk memberikan rezeki kepadaku walaupun perjalanan ini terasa perit untuk diteruskan. Alhamdulillah, antara ramai-ramai manusia di bumi ini, Allah masih lagi memilih aku untuk keluar bermujahadah di jalan-Nya. Walaupun khilaf yang aku lakukan ini tidak terkira, namun Allah memanggil aku, belajar sambil berdakwah. Dan Alhamdulillah berkat tiga hari berkampung di masjid hj. Abdullah Tebobon, aku dapat gunakan sebaiknya untuk belajar dan membaiki diri dan pada masa yang sama beramal ibadat. Alhamdulillah, segala puji bagimu ya Allah kerana memilihku di bulan yang bahagia ini.


In syaa Allah tiga hari ini adalah permulaan bagi meneruskan dakwah seterusnya. Dengan izin Allah, usaha ini akan diteruskan. Serampang dua mata, itu tujuanku, kerana disamping berdakwah, aku juga dapat belajar dan beramal ibadat dengan aman di masjid. ya, tiga hari ini adalah permulaan bagiku. Mudah-mudahan Allah memilih aku lagi untuk keluar menegakkan agamaNya. Untuk menyebarkan kalimah Laa ila ha illallah di muka bumi ini.


Mengumpul harta itu bukan mimpiku, tidak pernah terlintas mengumpul harta setinggi gunung. kerana diakhirnya kain kapan juga yang menjadi peneman di alam kubur. dan disana nanti aku sungguh tidak pasti samada Allah menyempitkan kuburku ataupun meluaskannya.......Permulaan kepada kehidupan dimana penentu samada aku ke syurga atau ke neraka.. dengan pencapaian ini, amal ini, ibadat ini, aku berasa terlalu sedikit usaha yang aku lakukan berbanding dengan dosa-dosa yang aku telah lakukan.

dimanakah kita nanti? masa 25 tahun yang diberikan telah berlalu dan tidak akan kembali.. dalam tempoh 25 tahun itu, semuanya menjadi sia-sia tanpa ada sedikitpun digunakan untuk kebaikan. Di hari penentu itu nanti apakah yang aku dapat tunjukkan kepada Allah.

Rasulullah S.A.W bersabda: "perbanyakkanlah mengingat pemutus kenikmatan-kenikmatan" iaitu kematian.

Daripada Ibnu Umar diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W ditanya "siapakah orang-orang mukmin yang cerdas?" Nabi bersabda: " yang banyak mengingati mati dan paling tekun membuat persiapan untuknya. mereka itulah yang cerdas"

Abu Ad-Darda r.a berkata "Apabila diingatkan tentang orang-orang yang mati, maka persiapkanlah dirimu sebagai seorang yang akan mati seperti mereka"

cukup sampai sini dulu..